Zahirah Macwilson bidas kenyataan Zul Ariffin

Posted on 16 views
Zahirah Macwilson bidas kenyataan Zul Ariffin – Hallo sahabat Sekitar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahirah Macwilson bidas kenyataan Zul Ariffin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita Viral, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel Menarik, Artikel News, Artikel Terkini, Artikel Unik, Artikel Video, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.Judul : Zahirah Macwilson bidas kenyataan Zul Ariffin
link : Zahirah Macwilson bidas kenyataan Zul Ariffin

Baca juga

Zahirah Macwilson bidas kenyataan Zul Ariffin

PELAKON jelita, Zahirah Macwilson, 23, menafikan tuduhan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang mendakwa dirinya seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu Zul ketika di dalam masjid.

“Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?

“Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.

“Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.

“Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja,” kata Zahirah ketika dihubungi oleh Astro Gempak

Tambah bintang drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini, dia tidak faham dengan tindakan Zul yang seakan mahu memburukkannya.

“Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?

“Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.