by

Yang Best Tentang Lawak Ke Der 2018

BIAR pun menampilkan ramai muka baharu dalam pementasan kali ini, Lawak Ke Der 2018 sememangnya tidak mengecewakan penonton-penonton yang hadir di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bagi edisi kali ini, pementasan lawak yang tidak asing lagi di mata ramai ini menampilkan Datuk Afdlin Shauki, kumpulan Shiro, Datuk Zainal Abidin, Gurmit Singh serta Sherry Alhadad dan Shuk sebagai pengacara program tersebut.

Sejak dialog pembukaan oleh Sherry dan Shuk, penonton yang hadir sudah mula terhibur dengan gelagat kedua-dua selebriti yang sememangnya mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri ketika berada di atas pentas.

SHERRY ALHADAD DAN SHUK SEBAGAI PENGACARA LAWAK KE DER 2018.

Gabungan dua pengacara itu juga dilihat serasi dan berjaya menghidupkan pentas serta suasana di dalam panggung itu dengan gelagat spontan yang mencuit hati ramai.

Sepanjang malam, Sherry dan Shuk bijak menggelikan hati penonton dengan lawak-lawak yang diilhamkan dari isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial dan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Persembahan pembukaan dari penghibur pada malam tersebut dimulai dengan penyanyi tersohor negara, Zainal yang turut diiringi gitaris, Sham Kamikaze yang bertindak memainkan muzik latar sepanjang slot penyanyi itu.

Pertama kali tampil di pentas sebagai seorang pelawak, Zainal dilihat agak natural dan mempunyai keyakinan tinggi melawak di atas pentas besar seperti Lawak Ke Der ini.

DATUK ZAINAL ABIDIN

Zainal mempersembahkan gaya lawak yang bersahaja dengan cara bercerita berkenaan kisah kehidupannya sejak menjadi seorang artis beberapa dekad lalu serta kisah melucukan yang dilaluinya ketika bersama kumpulan Headwind suatu ketika dulu.

Malah, Zainal juga pandai bermain dengan lawak menggunakan imaginasi yang turut dibantu watak sampingan yang berlakon sebagai pembantu peribadinya sepanjang slot itu.

Pertama kali berdiri sebagai pelawak, Zainal dilihat masih perlu memperkemaskan penyampaian punch-linenya namun tidak dapat dinafikan, dia berjaya membuat penonton terhibur dengan persembahannya.

Persembahan seterusnya menampilkan kumpulan Shiro yang terdiri daripada Ajak dan Shahrol menyaksikan mereka tampil dengan persembahan sketsa menarik yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed