Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama Bersiri AMIRA ROSE

Posted on 4 views

Raikan Syawal dengan ‘Amira Rose’ bersama Samsung

Drama mini bersiri memaparkan gandingan Aiman Hakim dan Farah Nabilah sebagai pasangan kekasih bagi menyegarkan lagi rancangan TV sempena Aidilfitri

Pengikut-pengikut setia artis drama Melayu, Aiman Hakim dan Farah Nabilah, sudah pasti perasan gambar-gambar intim penuh misteri yang mereka kongsikan di Instagram kebelakangan ini.

Kedua-dua pelakon tersebut sebenarnya sedang berlakon sebagai pasangan kekasih dalam sebuah drama mini bersiri berjudul Amira Rose. Siri mini ini bakal menemui penonton di kaca TV bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya yang lebih santai dan ceria.

Drama Bersiri AMIRA ROSE

Dalam cerita Amira Rose, Aiman berlakon sebagai Rahman yang sedang menjalinkan hubungan romantik dengan watak Farah, iaitu Amira. Mereka juga merupakan rakan sekerja yang bertugas sebagai vlogger dan penulis. Bagaimanapun, Rahman telah meletak jawatan untuk menyertai sebuah syarikat pesaing beberapa hari sebelum Hari Raya. Amira berasa kecewa dan dikhianati lantas membuat keputusan untuk mengikut rakan sekerja seniornya Mun balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya tanpa Rahman.

Setibanya di kampung halaman Mun, Amira bertemu dan tertarik dengan Amir, iaitu sepupu kacak Mun. Rahman yang berasa bimbang bahawa Amira berkemungkinan akan memutuskan hubungan mereka, bergegas ke kampung Mun untuk cuba menambat hati Amira semula.

Siri istimewa ini juga dibarisi pelakon-pelakon handal yang lain, seperti Sharifah Sakinah sebagai Mun; Daler Yusuf sebagai sepupu Mun yang amat menawan; dan penampilan khas oleh penyanyi remaja berbakat, Ismail Izzani.

Drama Bersiri AMIRA ROSE

Mengulas tentang wataknya dalam Amira Rose, Aiman berpendapat bahawa pengalaman penggambaran bagi siri mini ini agak baharu dan berlainan.

“Berlakon dalam siri mini ini agak berbeza. Kami diberi peluang dan ruang untuk berbincang, serta menyumbang pelbagai adegan spontan. Jalan ceritanya mudah, tetapi senang dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Saya berharap para peminat dan penonton akan terhibur di samping menghayati unsur cinta dan kemaafan yang disampaikan dalam Amira Rose Syawal ini,” kata Aiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.