Wolves Kembali Semula Ke Saingan Liga Perdana Inggeris 2018/2019

Posted on 17 views
Kemenangan 2-0 ke atas Birmingham City oleh pendahulu Liga Kejuaraan, Wolverhampton Wanderers memastikan pasukan itu kembali semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo mengesahkan tempat ke liga tertinggi itu 24 jam sebelumnya selepas pesaing untuk slot berkenaan, Fulham diikat oleh Brentford.

Diogo Jota membuka jaringan di Molineux pada minit ke-21 untuk melebarkan jaringannya kepada 17 gol musim ini.

Birmingham terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Harlee Dean dibuang padang pada minit ke-52 kerana mengasari Helder Costa.

Pemain gantian Wolves, Benik Afobe mengesahkan kemenangan tiga minit sebelum tamat permainan.

Wolves, kembali ke Liga Perdana selepas enam tahun menghilang, hanya memerlukan satu mata lagi untuk memastikan promosi ke liga utama Inggeris itu.

Jumlah perbezaan gol yang tinggi berbanding Cardiff City di tangga kedua meletakkan Wolves di kedudukan selesa untuk mengesahkan kenaikan berkenaan.

“Ini adalah saat istimewa, pertama sekali buat peminat-peminat. Ia adalah sebab kami berusaha, untuk peminat kami,” kata Nuno.

Sementara itu Birmingham di ambang tersingkir ke divisyen tiga apabila hanya dua mata di atas garis penyingkiran selepas mengutip satu mata daripada tiga perlawanan terakhir.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.