Wanita Rusia Diarah Elak Hubungan Seks Dengan Lelaki Asing Sepanjang Piala Dunia

Posted on 3 views
Wanita Rusia sepatutnya mengelakkan dari melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki bukan berkulit putih sepanjang Piala Dunia. Ini adalah untuk mengelakkan kejadian mereka daripada menjadi ibu tunggal, ujar seorang akli parlimen di Moscow pada Rabu lalu.

Walaupun jika wanita Rusia berkenaan memilih untuk berkahwin dengan warga asing, kebiasaannya hubungan tersebut tidak akan berakhir dengan baik, tambah Tamara Pletnyova yang merupakan ketua kementerian keluarga, wanita dan kanak-kanak di Rusia.

MOSCOW, RUSSIA – FEBRUARY 7, 2018: Russian State Duma member Tamara Pletnyova at a plenary session of the Russian State Duma, the Lower House of the Parliament of Russia. Anton Novoderezhkin/TASS (Photo by Anton NovoderezhkinTASS via Getty Images)

Ini adalah kerana wanita tersebut akan mejadi mangsa dengan ditinggalkan di luar negara ataupun di Rusia, dan pada masa yang sama gagal dalam tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak.

Tamara dipetik berkata sedemikian ketika menjawab soalan dari radio soalan untuk golongan kanak-kanak yang digelar ‘Children of the Olympics’ di Rusia. Ia digunapakai selepas Moscow menganjurkan Sukan Olimpik pada 1980.

‘Children of the Olympics’ adalah merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan selepas selesai acara antarabangsa akibat hubungan di antara wanita Rusia dengan lelaki warga asing dari Afrika, Amerika Latin dan juga Asia. Kebanyakkan dari kanak-kanak ini mengalami deskriminasi di negara tersebut.

Pasukan tuan rumah, Rusia tewaskan Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018.

“Kita tiada pilihan selain daripada melahirkan anak-anak ini. Namun disebabkan anak-anak ini berdarah campuran, mereka menderita sekian lama sejak dari zaman Soviet lagi.”

“Tidak banyak masalah jika mereka adalah dari keturunan yang sama. Tetapi ia sangat sukar apabila berbeza warna kulit. Saya bukanlah seorang nasionalis. Namun cukup untuk saya tahu bahawa anak-anak ini melalui penderitaan.”

“Mereka telah disisihkan. Bagaimana cara untuk membetulkannya? Ini kerana mereka tinggal di negara ini bersama ibu mereka,” jelas Tamara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.