Van Gaal:”Saya Dahulu Mahu Membentuk Bola Sepak Gaya Guardiola Di United”

Posted on 0 views
Louis Van Gaal mendedahkan yang beliau sebenarnya mahu membentuk pasukan Manchester United yang bermain seperti Manchester City pada hari ini di bawah kendalian Guardiola.

Van Gaal ketika mengendalikan United seringkali dikritik dan dituduh membuatkan pasukan Man. United bermain dengan cara membosankan. Beliau dipecat pada Mei 2016 dan digantikan oleh Jose Mourinho. Van Gaal berkata kepada Sport Bild:

“Guardiola adalah jurulatih EPL terbaik buat masa ini, pada pandangan saya. Pep menjadikan City seperti mesin.”

“Pep menunjukkan gaya bola sepak yang saya mahukan di Manchester United satu ketika dahulu. Namun bezanya, beliau (Pep) memiliki pemain-pemain yang lebih bagus.”

“Pada pandangan saya, proses itu mengambil sedikit masa dan saya tidak diberikan masa secukupnya.”

Van Gaal menepis dakwaaan sesetengah pihak yang mendakwa Van Gaal ada menyimpan rasa tidak puas hati dengan Mourinho.

“Saya tidak ada perasaan tak puas hati dengan Mourinho. Semua jurulatih, termasuk mahu melatih pasukan Manchester United, salah sebuah kelab terbesar di dunia.”

Van Gaal & Jose Mourinho

Namun Van Gaal jelas kecewa dengan Ed Woodward yang hanya bercakap kosong dengan menyatakan pihak United gembira dengan Van Gaal.

“Apa yang saya rasakan tak kena di United adalah apabila CEO memberitahu yang mereka sangat gembira dengan saya dan meminta saya tidak percaya dengan apa yang ditulis akhbar.”

“Kemudian, selepas anda menjuarai Piala FA, anda masih dipecat.”

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.