“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!

Posted on 3 views

Tidak dinafikan, ramai penonton yang terkesan dan geram dengan watak Ustaz Syed Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani dalam drama Nur di TV3.

“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!
“Ustaz Hamadi” drama Nur di TV3 dikecam netizen bertubi-tubi dan ini respon Azhan Rani!!

Di media sosial, netizen meluahkan rasa geram dan sudah beberapa kali mereka mahu memecahkan televisyen kerana terlalu geram dengan Hamadi menunggang agama demi kepentingan dirinya.Baru-baru ini, Azhan memuat naik komen netizen yang memaki hamun beliau di Instagramnya. Bukan bertujuan ‘memberus’ individu terbabit, sebalik beliau menghargai ‘keprihatinan’ para penonton yang tidak menggemari individu seperti Ustaz Hamadi dalam kehidupan mereka.

“Satu di antara 2.7 bilion maki hamun yang aku hadap sepanjang 18 episod Nur ditayangkan di TV3. Ini manja-manja lagi, ada yang lagi ekstrim daripada ini. Memang emo nau korang.

“Tengok Ultraman bergaduh dengan raksasa, tapi siap pecah-pecahkan rumah flat pun korang tak seemo macam ni. Baguslah korang prihatin tak suka watak macam ni (Ustaz Hamadi) dalam hidup korang. Tetapi janganlah sampai setakat cerita ini habis saja korang benci watak sebegini.

ARTIKEL MENARIK: Achey Beraya Bertiga Tahun Ini. Mari Lihat Wajah Comel Dan Siapa Bayi Ini Sebenarnya Menjadi Pelengkap Hidup Achey Dan Isteri.


“Niat sebenarnya memang kita tak nak ada lagi watak macam ini dalam hidup kita. Cuma selepas habis cerita ini, kalau korang masih judgemental, masih jadi seperti Hamadi, Marzuki, Aisyah dan siapa saja watak yang hitam dalam drama ini, eloklah korang minum air swimming pool berdekatan banyak-banyak sampai kembung perut korang. Selepas itu, minta lori 12 tayar lenyek perut korang tu.“Hidup biar susah tetapi jangan menyusahkan orang. Ambillah mana yang baik-baik dalam drama Nur in. Jangan propa benci tengok (Hamadi) dalam tv saja. Di luar korang sama atau lebih teruk dari Syed Hamadi.

“Sekian takzirah di penghujung ramadan dari aku yang akan meletakkan jawatan jam 11 malam nanti. Jumpa di episod akhir 10 malam nanti di TV3,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.