TERKINI Nurliyana Kritikal.. Mohon Doakan…

Posted on 14 views

PESAKIT Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian lehernya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini berada dalam keadaan kritikal berikutan beberapa komplikasi.

TERKINI Nurliyana Kritikal..  Mohon Doakan...
TERKINI Nurliyana Kritikal..  Mohon Doakan…

Suaminya, Mohd Taufiq Abdullah, 42, berkata, Nurliyana mengalami komplikasi di bahagian jantung dan saluran pernafasan sehingga memaksa doktor melakukan pembedahan kecemasan.“Pada 1.30 pagi tadi, saya menerima panggilan daripada petugas Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL berikutan keadaan Nurliyana yang agak kritikal.

ARTIKEL MENARIK: Punca warga Mynmar Bunuh Sadis Majikan


“Doktor yang merawat isteri saya memaklumkan bahawa beliau mengalami masalah jantung dan pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida yang amat tinggi.“Melihat kepada keadaan Nurliyana ketika itu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan bagi memasang saluran pernafasan melalui hidung atau menerusi tiub di bahagia leher,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Perkarangan Bangunan Utama HKL, sebentar tadi.

0416rs04_cropped_1523852211.jpg

Mohd Taufiq berkata, doktor juga memaklumkan kepada keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan keadaan Nuliyana berada pada tahap sangat kritikal.“Saya mohon doa rakyat Malaysia untuk dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan yang terbaik untuk isteri, Nurliyana,” katanya.

Sumber: Sumber

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.