Tak takut hidup tak berkat disumpah rakyat ke?

Posted on 0 views
mountdweller88: Tak takut hidup tak berkat disumpah rakyat ke?

Tak takut hidup tak berkat disumpah rakyat ke?

March 30, 2018
Kenapa polis di Bukit Aman jadi pengundi Lembah Pantai, soal PKR
Minderjeet Kaur

Pembangkang bimbang pemindahan pengundi dari ibu pejabat polis di Bukit Aman ke Lembah Pantai akan memihak kepada BN. (Gambar peta Google)

KUALA LUMPUR: PKR mempersoalkan ribuan pengundi dipindahkan dari ibu pejabat polis di Bukit Aman ke Lembah Pantai kerana 2 kawasan di ibu kota itu langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

“Seseorang itu perlu ke Jalan Segambut, kemudian ke Jalan Duta dan membelok sebelum Jalan Parlimen untuk ke Bukit Aman,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen itu, dalam sebuah majlis makan malam amal, malam tadi.

“Bukit Bintang lebih dekat dengan Bukit Aman. Bagaimana Lembah Pantai ada kaitan dengan Bukit Aman?” soalnya.

Lembah Pantai antara 10 kerusi Parlimen di ibu negara yang terjejas dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang diluluskan di Dewan Rakyat Rabu lalu dan diwartakan semalam, walaupun mendapat bantahan dan pembangkang mendakwa ia adalah manipulasi kawasan pilihan raya.

Pemindahan kira-kira 6,500 pengundi dari daerah mengundi Tasik Perdana ke Lembah Pantai, membabitkan undi pos yang didakwa pengkritik biasanya memihak kepada Barisan Nasional (BN), akan digunakan.

Kerusi itu yang merangkumi kawasan didiami golongan pekerja di Pantai Dalam dan kelas pertengahan di pinggir Bangsar, dahulunya ialah kubu kuat BN diwakili Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Nurul Izzah Anwar berjaya merampas kerusi itu daripada BN pada 2008, dan terus mempertahankan kerusi itu pada dan 2013, walaupun ditentang bekas menteri dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Fahmi berkata, Lembah Pantai kini mempunyai hampir 8,000 pengundi pos dari Bukit Aman dan Balai Polis Jalan Travers.

“Kita perlu menawan Putrajaya untuk menghalang amalan buruk dan penipuan,” kata bekas pembantu Nurul Izzah itu.

Beliau berkata, demografik kaum di kerusi itu berubah dengan pertambahan pengundi Melayu daripada 56% kepada 62%, dan pengundi bukan Melayu berkurangan sebanyak 3%.

Fahmi baru-baru ini membangkitkan kes pengundi Lembah Pantai yang mendapati nama mereka dipindahkan ke Sekinchan di bawah kerusi Parlimen Sungai Besar di Selangor, tanpa pengetahuan mereka.

Tian Chua: Persempadanan semula wujudkan kerusi ‘super’ Cina dan Melayu di KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.