‘Sweetnya Cepatlah Kahwin’ – Peminat Teruja Tengok Kamal Adli Buat Kejutan Hari Jadi Untuk Emma Maembong

Posted on 10 views
Wah sweetnya, romantiknya, itulah antara perkataan yang dapat MH baca pada ruang komen Instagram pelakon popular, Kamal Adli yang berkongsi gambar makan malam bersama pelakon cantik, Emma Maembong.

Kamal menerusi Instagramnya berkongsi gambar membuat kejutan hari jadi buat Emma dan tak dapat dinafikan selepas melihat perkongsian Kamal ini, pasti ramai wanita-wanita di luar sana yang teringin untuk mendapat kejuta romantik sebegitu daripada pasangan masing-masing.

“happy bday @emma_maembongofficial ! semoga panjang umur n murah rezeki! Allah bless u always! tq @itik_kejam n team! @rafie_hasan , @syam_meso , @kamil_adli @advance.trademarket @jajazuber sebab berjaya buat ‘secret garden’ tu hehehe!,” tulis Kamal di ruang kapsyen perkongsiannya.

Alahai bersemut betul MH lihat gambar yang dikongsi oleh Kamal ini malah peminat-peminat Kamal juga turut teruja sehinggakan ada yang mahu melihat kedua-dua pelakon ini berkahwin.

radio.alquran.rm50: Cpt2 nikah uolsss.. sweet sgt dh tu.. 💕💕💕

nrshuhada69: Alaaaa kahwin lah cepattttttt @kamaladli @emma_maembongofficial

iman_amia: Sweet nyee cepat laa kawennnn nk tgok aank mesti mcm mat salleh

Sempat juga MH meninjau akaun Instagram milik Emma dan nampaknya pelakon ini juga turut berkongsi gambar kejutan hari jadi yang dibuat oleh Kamal untuknya.

Menerusi ruang kapsyen pula, Emma berkata kejutan ini merupakan yang paling manis yang pernah diterimanya.

“Salam jumaat semua. Just nk ckp thank you @kamaladli for the suprise .paling sweet pernah org buat dekat sy. Thank u awk.kalau korang nk tahu ni bukan restoran atas bukit ye ni dekat bukit besi cheras .ni diorg set up sendiri. Gigih korang hiking bwk naik kerusi meja mknan semua. Siap deco lampu2 lg mcm mana la korang bwk naik generator atas bukit 😅 apa2 pon mmg cantik sgt2. Xtahu nk kata cantik mcm mana .thank u again . ❤ nnt sy post video k sapa nk suprise mcm ni blh DM @itik_kejam #emavengers #emmamaembong @emavengers,” tulis Emma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.