Sinopsis Penuh Drama Pengantin 100 Hari Samarinda TV3

Posted on 8 views
Mulai 25 Jun 2018 slot Lestary di TV3 muncul dengan drama baru yang bertajuk “Pengantin 100 Hari”. Drama ini akan bersiaran setiap hari isnin sehingga hari rabu pada jam 10 malam hanya di saluran TV3.

Drama ini menampilkan pelakon terkenal seperti Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan dan ramai lagi. Drama Pengantin 100 Hari adalah arahan dari pengarah Amor Rizan dan terbitan syarikat terkenal Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Sinopsis Penuh Drama Pengantin 100 Hari TV3

Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini ikuti drama penuh “Pengantin 100 Hari” di TV3 setiap isnin hingga rabu pada jam 10 malam.

 Pengantin 100 Hari

Judul Drama : PENGANTIN SERATUS HARI

Jumlah Episod : 13 episod

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2018

Waktu Siaran : Isnin-Rabu, 10:00 malam

Siaran TV : Slot Lestary TV3

Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem

Pengarah : Amor Rizan

Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Saleh, Faiz Izzat, Fanna Azizan, Fizi Amer, Ayu Azlina, Hafiyah Hafiz, Rose Idris, Radin Suhaimi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.