by

PSG Belasah Monaco 7-1 Untuk Menjuarai Ligue 1 Musim 2017/18

Selepas Bayern Munich dan Manchester City sudah mengesahkan kejuaraan menjadi milik mereka, kini tiba giliran buat Paris Saint-Germain (PSG) pula untuk dinobatkan selaku juara Ligue 1 bagi musim 2017/18.

Lebih manis kejayaan itu diraih ketika anak buah Unai Emery dengan membelasah tanpa belas kasihan pencabar terdekat yang merupakan juara bertahan, Monaco  7-1 pada perlawanan yang berlangsung di Parc De Princes.

PSG ternyata sukar digugat apabila mendahului pelawat dengan keputusan 4-1 pada separuh masa pertama dan kemudiannya menambah tiga lagi jaringan di babak kedua.

Pemain tengah berusia 22 tahun dari Argentina, Giovani Lo Celso membuka tirai pesta gol tersebut menerusi jaringan di minit ke-15.

Lo Celso menerima hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Monaco untuk mudah memberikan jaringan pendahuluan buat PSG.

Dua minit kemudian, giliran Edison Cavani pula meletakkan nama selaku penjaring dengan tandukan kemas yang menggegar jaring gol pasukan lawan susulan hantaran lintang dari Yuri Berchiche.

Tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Cavani membuat satu hantaran menarik yang mencari Angel Di Maria.

Di Maria berjaya melepasi perangkap ofsaid lalu meluru pantas ke gawang Monaco yang dengan tenang melakukan sepakan lambung bagi menewaskan penjaga gol, Danijel Subasic.

Para pemain PSG meraikan kejayaan menjuarai Ligue 1. Foto: en.psg.fr

Lo Celso menambah jaringan kedua peribadi beliau untuk melebarkan kedudukan menjadi 4-0 dengan menanduk masuk bola hasil hantaran rakan senegaranya, Javier Pastore pada minit ke-27.

Monaco cuba untuk bangkit melawan dan berjaya merobek gawang PSG pada minit  ke-38 selepas Rony Lopes menolak mudah hasil hantaran yang dilakukan Almamy Toure untuk aksi babak pertama berkesudahan dengan 4-1.

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan, PSG terus bernafsu untuk mencipta jaringan dan ianya dibuktikan dengan tambahan jaringan ke-5 perlawanan dan sekali lagi Di Maria menemui sentuhan jaringannya.

Hasil umpanan oleh Pastore, Di Maria tidak mempunyai masalah untuk sekali lagi menewaskan Subasic di minit ke-58.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed