Pochettino Bidas Pihak Yang Kritik Dele Alli Secara Tidak Berasas

Posted on 7 views
Pochettino terus mempertahankan pemain muda beliau Dele Alli selepas beberapa minggu lalu beliau menyifatkan Alli sebagai pemain terbaik dunia untuk kategori pemain seusia beliau.

Media mulai mempersoalkan sama ada Dele Alli akan menjadi pemain utama England. Ini selepas Alli hanya bermain 22 minit dalam perlawanan persahabatan England menentang Belanda.

Menurut Pochettino, Dele Alli telah menjadi mangsa kecaman tidak berasas oleh beberapa pihak. Sehinggakan mereka seolah-olah lupa bahawa Dele Alli baru berusia 21 tahun. Pochettino berkata:

“Saya ada keyakinan penuh kepada beliau dan bakat yang ada beliau, kerana saya kenal beliau. Dia pemain muda yang hebat dan juga seorang yang baik.”

AMSTERDAM, NETHERLANDS – MARCH 23: Dele Alli of England in action during the International Friendly match between Netherlands and England at Amsterdam ArenA also called the Johan Cruyff Arena on March 23, 2018 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

“Tetapi dia masih muda. Baru 21 tahun. Jika anda bandingkan beliau dnegan orang biasa di jalanan yang juga berusia 21 tahun, mereka masih tinggal dengan ibu bapa, mereka masih di universiti melakukan benda-benda bodoh.”

“Kadangkala kita meletakkan tekanan terlalu tinggi untuk pemain yang berusia 21 tahun. Kadangkala kita terlupa dan melayan mereka seperti lelaki yang sudah 40 tahun.”

“Itu tidak betul, kita harus fokus usia beliau yang masih muda. Terlalu banyak tekanan di bahu beliau dan beliau tidak boleh melayan karenah masyarakat yang meletakkan harapan terlalu tinggi. Sangat penting untuk memahaminya.”

“Kami akan terus membantu beliau kerana beliau adalah pemain muda yang berbakat. Dan beliau sudah melakukan banyak perkara untuk kelab ini. Dalam 2 musim terakhir di kelab ini, beliau amat menakjubkan dan sukar dipercayai.”

“Pemain muda sentiasa ada turun naik. Harapan terlalu besar kerana beliau sentiasa meningkatkan keupayaan beliau.”

“Harapan musim ini kepada beliau sangat besar, mungkin terlalu tinggi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.