Perwakilan Malaysia Mengundi Pakatan Amerika Utara

Posted on 4 views
Seperti diketahui ramai, pakatan Amerika Utara telah dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia 2026. Gandingan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico itu telah menerima sebanyak 134 undi.

Malaysia memilih

Perwakilan Malaysia telah memilih bidaan daripada pakatan Amerika Utara tersebut. Undian dilakukan secara dalam talian yang memakan masa tempoh hanya 15 saat.

Daripada 12 negara Asia Tenggara, hanya Brunei sahaja yang mengundi kempen Maghribi. Selebihnya telah memilih pakatan Amerika Utara tersebut.

Menurut laman NY Times, Algeria, Mesir, Tunisia dan Libya antara negara yang memberikan kempen kepada Maghribi. Menarik juga apabila, Brazil, Perancis, Belanda dan Korea Utara turut memilih Maghribi.

Analisis blok konfederasi

Berikut merupakan analisis khas yang memaparkan undi yang diterima oleh kedua-dua kempen bidaan.

Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC)
Amerika Utara (11)

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL)
Amerika Utara (10)
Maghribi (1)

Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah & Carribean (CONCACAF)
Amerika Utara (29)

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF)
Amerika Utara (11)
Maghribi (41)

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
Amerika Utara (33)
Maghribi (11)
Berkecuali (1)

Konfederasi Bola Sepak Eropah (UEFA)
Amerika Utara (41)
Maghribi (11)

Majoriti mudah

Daripada 211 ahli FIFA, 4 negara telah tidak diberikan mandat untuk mengundi. Negara yang dimaksudkan ialah Amerika Syarikat, Maghribi, Mexico dan Kanada disebabkan mereka merupakan negara yang menghantar bidaan.

Selain itu, Guam, Puerto Rico and U.S. Virgin Islands juga telah diminta untuk tidak mengundi. Ini disebabkan mereka merupakan wilayah naungan Amerika Syarikat walaupun mempunyai keahlian dalam FIFA.

Daripada 203 ahli FIFA yang dibenarkan mengundi, hanya 200 undi sah sahaja diterima. 3 ahli dilaporkan tidak mengundi iaitu Cuba, Slovenia dan Sepanyol.

Maghribi menerima 65 undi manakala 1 undi diterima untuk tidak memilih mana-mana hos (berkecuali). Undi berkecuali itu datangnya dari delegasi Iran.

Akhirnya, 134 undi diterima oleh pakatan Amerika Utara. Ia melebihi daripada majoriti mudah iaitu 101 undi yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.