Pernah Tak Pulang Rumah 3 Tahun, Menitik Air Mata Dengar Luahan Adeep Nahar Tentang Bapanya

Posted on 19 views
Tanpa ibu dan bapa maka tiadalah kita di dunia ini, selagi masih bernafas ambillah peluang sebaiknya untuk sentiasa menghargai dan menyayangi mereka.

Kata-kata itu adalah nasihat daripada penyanyi, Adeep Nahar yang merupakan salah seorang peserta dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza musim ke-2 buat semua.

Berlinang air mata MH ketika mendengar nasihat yang cukup menusuk ke hati, katanya lagi jika kita menghargai kedua ibu dan bapa kita Insya ALLAH, syurga menanti kita.

Pada Sabtu yang lalu, Adeep telah menyanyikan lagu daripada Raja Pop negara, Jamal Abdillah yang berjudul Perjalananku.

Kelunakan suara dan cara penyampaian lagu daripada penyanyi ini sangat bagus sehinggakan kita yang menonton turut merasakan setiap rasa yang disampaikan oleh Adeep.

Adeep berkata, sebelum dia menaiki pentas untuk memulakan persembahan, dia telah menerima satu mesej daripada anak saudaranya yang mengucapkan ‘good luck’ kepadanya serta memberitahu lagu yang bakal dinyanyikan oleh Adeep adalah lagu kegemaran arwah atuknya iaitu bapa kepada Adeep.

Ketika bercerita tentang bapanya, terlihat air matanya mula bergenang dan jatuh ke pipi. Adeep berkata dia sangat terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan bapanya ketika menghembuskan nafas yang terakhir.

Sempat juga penyanyi ini berkongsi pengalamannya ketika mendapat tahu tentang bapanya sudah tiada dan pergi buat selama-lamanya.

“Masa tu saya masih dengan kumpulan The Fabulous Cat dan saya sudah tiga tahun tidak pulang bertemu keluarga di Singapura.

 

“Waktu saya dapat panggilan telefon yang pertama dari abang saya, dia bagi tahu saya yang ayah saya masuk ICU dan saya cakap yang saya akan balik pagi nanti naik bas. So saya tidur lepas tu sebab dah terlalu penat seharian sebab ada recording.

 

“Lepas tu saya dapat lagi panggilan telefon tak sampai dalam masa lima minit dan dia bagi tahu yang ayah saya dah tak ada,” katanya kepada MH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.