Penyokong Mengamuk, Mario Gomez Cedera Di Kepala

Posted on 14 views
Malang menimpa bekas ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez yang mengalami kecederaan di bahagian kepala apabila terkena objek keras ketika perlawanan Liga Indonesia di antara Aream FC menentang Persib Bandung di Stadium Kanjuruhan semalam.

Insiden ini berlaku pada minit ke 89 ketika keputusan perlawanan berada di kedudukan 2-2 yang turut menyaksikan para penyokong merusuh memasuki kawasan padang.

Menerusi rakaman siaran televisyen Indosiar yang menayangkan perlawanan ini, ianya bermula apabila salah seorang pemain daripada pasukan Arema FC, Dedik Setiawan dilayangkan kad merah oleh pengadil sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong tuan rumah.

Penyerang skuad Arema FC itu diarahkan keluar padang oleh pengadil ketika di minit ke 88, dan situasi menjadi semakin panas apabila beliau berjalan ke arah terowong untuk ke bilik persalinan.

Beberapa penyokong tuan rumah bertindak memasuki padang dan menyerbu pengadil perlawanan. Malah, kawasan bangku simpanan pasukan Persib Bandung turut diserang.

Gomez sempat meminta perlindungan sambil memegang dahinya yang cedera. Beliau dibawa masuk ke dalam bilik persalinan dengan keadaan dahi yang bermerah.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa mengakui punca sebenar kecederaan itu tidak diketahui sama ada terkena objek yang dilemparkan oleh penyokong tuan rumah ataupun sebab lain.

Menurut sumber dari media Indonesia, insiden yang hampir sama juga terjadi ketika Arema FC tertinggal dengan jaringan 1-2.

Ketika itu, pemain pertahanan Persib Bandung, Bojan Malisic ingin melakukan tendangan bebas. Namun begitu beliau terpaksa menghentikan aksi itu kerana ada gangguan penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.