Penyokong Liverpool Yang Benci Dan Tidak Peduli Nasib The Three Lions

Posted on 3 views
“Woii!!! Kau budak Liverpool, kenalah sokong England. Tak payah melalang sokong Croatia atau Perancis.”

Itu antara komen yang sempat penulis baca di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Kisahnya, Lazar Fauzanovic (bukan nama sebenar) melaungkan sokongan kepada Croatia menjelang perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 menentang England.

Jelek dengan sokongan yang diberikan oleh Lazar, Ahmad Pogba Mbappe (juga bukan nama sebenar) yang merupakan penyokong tegar Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United  pantas memberikan teguran tersebut.

Tidak sokong England

Gambaran di atas mungkin adalah rekaan semata-mata. Namun hakikatnya, ia adalah kebenaran yang benar-benar terjadi. Rata-rata penyokong bola sepak di Liverpool bukan penyokong England.

Mereka tidak peduli jika England kalah. Lebih dari itu, mereka mungkin menyambut perkhabaran tersebut sambil tersengih. Di dalam hati, mungkin terdetik kata: “Padan muka korang!”

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Jika situasi ini terjadi di kalangan penyokong Liverpool di Malaysia, ia mungkin adalah sekadar ikut-ikutan.

Hakikatnya ialah Scouser itu sendiri ialah bangsa Inggeris. Lebih tepat, bangsa Inggeris yang berasal dari Liverpool.

Tetapi realitinya, rata-rata penyokong Liverpool atau yang digelar sebagai Bangsa Scouser sememangnya tidak senang dengan orang Inggeris sendiri.

Bangsa Scouser

Siapakah bangsa Scouser ini? Scouser pada hari ini merujuk kepada mereka yang berasal dari Liverpool.

Bagaimana nama ‘Scouser’ lebih sinonim untuk merujuk kepada mereka yang berasal daripada Liverpool dan bukan Liverpudlian seperti yang sepatutnya, turut tidak dapat dipastikan.

Menurut penerangan dari The Guardian melalui perkongsian ‘notes and queries’, scouser itu sendiri datang dari perkataan ‘lobscouse’.

Cunard liner Campania, Liverpool, UK. 19th century. (Photo by Culture Club/Getty Images)

‘Lobscouse’ merujuk kepada sejenis hidangan yang berasal dari Norway dan sering menjadi hidangan pelayar-pelayar pada masa dahulu.

Mengambil kira peranan Liverpool sebagai salah sebuah perlabuhan terkemuka di eropah sejak kurun ke-17, maka tidak hairanlah nama Scouser adalah kata ganti nama kepada masyarakat yang berasal dari Liverpool pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.