Penurunan Prestasi Paul Pogba Bukan Disebabkan Kecederaan Yang Dialaminya

Posted on 0 views
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menjelaskan bahawa kecederaan yang dialami Paul Pogba bukanlah penyebab kepada penurunan prestasi semasa pemain tengah tersebut.

Persembahan kurang konsisten yang dipamerkan pemain antarabangsa Perancis itu sejak kebelakangan ini mengakibatkan beliau dikecam oleh banyak pihak.

Pogba yang beraksi musim keduanya selepas berhijrah dari Juventus dengan rekod perpindahan termahal kelab bermula dengan baik pada permulaan musim panas yang lalu.

Namun, selepas mengalami kecederaan hamstring yang memaksa Pogba diketepikan selama 10 minggu pada bulan November lalu, segalanya berubah buat beliau.

Paul Pogba hanya empat kali beraksi sebagai pemain kesebelasan utama daripada 11 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 13: Paul Pogba of Manchester United battles with Gabriel Mercado and Pablo Sarabia of Sevilla during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Manchester United and Sevilla FC at Old Trafford on March 13, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Bercakap mengenai persembahan yang dipamerkan Pogba menjelang perlawanan bertemu Swansea City, Jose Mourinho berkata:

”Ianya tidak ada kena mengena dengan kecederaan yang dialaminya. Proses pemulihannya adalah baik.”

”Saya bekerja (untuk mendapatkan yang terbaik daripada Pogba). Itu hanyalah perkara yang saya boleh lakukan. Saya tidak boleh lakukan apa-apa lagi.”

”Musim ini dan musim lalu juga dia mengalami kecederaan yang teruk.”

”Saya rasa dia sangat baik selepas kecederaan tersebut. Ia adalah kecederaan yang sukar, sekiranya kecederaan ini terjadi kepada pemain lain, kelab lain dan penilaian perubatan lain, mereka akan berakhir dengan melakukan pembedahan.”

”Pilihannya dengan penilai perubatan untuk tidak melakukan pembedahan dan pemulihannya adalah benar-benar baik.”

”Tanya dia (berkenaan penurunan prestasi) sekiranya anda mendapat peluang untuk mengetahui apa yang berada dalam pemikirannya mengenai perkara ini.”

Musim ini, Pogba telah menghasilkan tiga jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *