by

‘Pedo xpedo, dah boleh dituai’

Viral di media sosial pengakuan berani dari seorang lelaki bernama Hakimi mengaku telah ‘menuai’ seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, mencetuskan kemarahan netizen. 

Hakimi Captainzr Hafizi melalui Facebooknya memuat naik gambar bersama remaja berkenaan dalam Facebook ‘Group Anak Ikan’ dengan kapsyen,

“Dapat emergency call dari budak ini. Minta balik Kuantan cepat. Maybe dia yakin dah boleh dituai kot. Yeahhh, tunggu abang,” tulisnya. 

Ada beberapa ahli group berkenaan juga memberikan respon yang agak menjelikkan dan segelintir mengaku turut mempunyai ‘anak ikan’ berusia 14 tahun. 

Ekoran viral itu juga, pengendali laman Komuniti Harmoni Kita telah membuat satu laporan di Balai Polis Sri Damansara dan menggesa pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengendali dan ahli-ahli Facebook ‘Group Anak Ikan’ yang didakwa mempromosikan aktiviti pedofilia di Facebook. 

Pengendali laman berkenaan juga memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pengendali laman berkenaan. 

Isu viral itu juga turut mendapat perhatian dari Doktor Sakinah Sulong yang mendedahkan penyakit bawaan seksual di kalangan lelaki muda seperti Siflis, Gonorrhea, Hepatitis B atau C dan HIV semakin meningkat. 

MasyaAllah. Mendidih darah, merenyam mata dan hati. Padanlah penyakit bawaan seksual di kalangan lelaki muda semakin meningkat. Saban hari my MO di OPD akan highlight about cases yang student lelaki muda-muda dah datang dengan komplen keluar nanah atau gatal di kemaluan. Semuanya berusia belasan tahun dan masih hingusan, tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing. 

Siflis, Gonorrhea, Hepatitis B atau C, malah ada yang dapat HIV!

Teringat seorang pelajar yang saya jumpa bulan lepas (bukan dalam gambar) Memang muda sangat-sangat. Baik rupanya, bagaikan pijak semut tak mati. Bila pandang dia, teringat kat adik-adik saya yang ramai jejaka. Nak menangis pun ada. Kesian!

Tapi dia nampak redha, macam dah bersedia dengan diagnosis HIV yang diterima. Bila ditanya, rupa-rupanya dia dah 2-3 tahun dibela oleh ‘abang angkat’. Diangkut ke sana ke mari. Malah pernah juga diangkut oleh guru sekolah sendiri. Bukan dia seorang! Ada beberapa orang yang macam dia. Dah ada group WA atau secret group di Facebook.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed