Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.

Posted on 1 views

Isu sorok perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini pun, sudah ada beberapa artis yang menyorokkan perkahwinan mereka.

Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.
Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.

Tidak salah pun mahu menyorokkan benda yang baik seperti perkahwinan daripada pengetahuan umum.Cuma bila seseorang itu dikategorikan sebagai seorang selebriti yang popularitinya pula menggunung tinggi, ia seolah tidak berlaku adil kepada penonton dan peminat yang selama ini sentiasa berada di belakang dan menyokong kerjaya mereka baik di pawagam, kaca televisyen, pentas nyanyian mahupun pengacaraan atau pelawak.

ARTIKEL MENARIK: Seksi Dan Menggoda, Dynas Mokhtar Muat Naik Gambar Parti Buih Sebelum Bergelar Isteri Kali Kedua..

loading…


Menyorok hal perkahwinan ini seolah-olah membelakangkan kehendak sesetengah peminat (bukan semua) yang sentiasa ingin tahu hal-hal peribadi.Mereka ini sebenarnya tidak mengharapkan undangan perkahwinan pun. Cukup sekadar beritahu dan dapatlah mereka doakan kebahagiaan pasangan ini. Industri seni tempatan ini masih kecil, soroklah perkahwinan selama mana pun, satu hari, pasti akan diketahui umum juga.

Berikut adalah 5 selebriti tempatan yang menyorokkan hari pernikahan sebelum tampil memberitahu kepada media dan peminat status sebenar mereka.

1. Datuk Ramli MS & Datin Alyah

Konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama Alyah merahsiakan perkahwinan kira-kira setahun sebelum mengaku pada media status sebenar mereka.

Pernikahan itu dilakukan pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia dan terdedah selepas Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke rumah mereka pada 28 Ogos 2014 dan mengesahkan perkahwinan itu.

Ramli memberitahu, sudah setahun mereka berkahwin dan ada sebab mengapa perkahwinan itu dirahsiakan. Lagipun itu adalah hak mereka. Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

2. Datuk Jamal Abdillah

Penyanyi yang popular dengan gelaran Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah hanya mengesahkan perkahwinan selepas kira-kira sebulan bergelar suami.

Jamal enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan pada 1 April lalu. Dia hanya mengesahkan sudah bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.