Nabil Ahmad Tak Jatuh Cinta Wanita Secantik Neelofa, “Kita Tahu Taste Dia Macam Mana”

Posted on 8 views
Sudah bertahun lamanya pengacara Nabil ahmad bergandingan dengan Neelofa mengacarakan rancangan MeleTop. Namun begitu, keserasian mereka berdua menyebabkan ramai tertanya adakah Nabil terpikat dengan si cantik Neelofa.
 Kepada Media Hiburan, Nabil menyatakan yang hubungan mereka tidak lebih sekadar teman:

Kami punya hubungan sesuatu yang memang betul-betul “kau aku”. Kami pun sudah lama kenal dan mungkin sebab itulah kami boleh berkawan memandangkan saya dan dia tahu batas masing-masing.

Kita pun tahu lah taste dia macam mana. Kita ni despatch la pula.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Konsert Permata Seni pada 28 & 29 April 2018. Jangan ketinggalan!!! Pas-pas masuk boleh didapati di Kaunter Box-Office Istana Budaya pada 25 April 2018 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Saksikan kolaborasi PERMATA Seni Tari, Koir dan Muzik bersama-sama Orkestra Simfoni Kebangsaan, Koir Kebangsaan Malaysia, Kumpulan Kesenian JKKN, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Mustafa Fuzer Nawi selaku pemimpin dan Pengarah Orkestra, Hael Hussaini, Azrul Zaidi Rajalawak, Syerry AlHadad, Gitaris Handalan Man Kidal, tak lupa Jamal Equash juga penampilan istimewa dalang cilik wayang kulit adik Baihaqi. Semuanya di satu pentas…Pentas Bertaraf Dunia; Istana Budaya! Hubungi: 03-2614 8200 (JKKN) FB Page: Permata Seni

A post shared by JKKN ?? (@mysenibudaya) on

Nabil bagaimanapun mengakui bahawa isterinya ada merasa risau di awal gandingan mereka satu ketika dahulu:

Mula-mula dulu adalah dia (isteri) risau. Tapi bila lama-kelamaan, dia pun tahu kami kerja secara profesional. Malah dia pun tahu percakapan kami pun “kau aku” saja. Tak timbul pun isu-isu macam tu.

Tak terfikir nak kahwin atau tambah isteri, yang ada seorang ni pun dah cukup. Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna rasanya nak pegang amanah berat.

Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan berangan nak tambah isteri. Yang seorang ni pun tak mampu nak kawal, garang semacam, cukuplah!

MeleTOP ialah sebuah rancangan berformat hiburan yang menyiarkan carta lagu, filem serta gosip terkini di dalam dan di luar Malaysia. Rancangan berdurasi 60 minit ini bersiaran secara langsung setiap malam Rabu dan dihoskan oleh Nabil dan Neelofa sejak 2012. – beautifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.