link : Konsert Padi Paling ‘Mahal’ & Eksklusif KL Live 30 Jun Depan
Baca juga
Konsert Padi Paling ‘Mahal’ & Eksklusif KL Live 30 Jun Depan

Kumpulan yang menjadi pujaan ramai peminat baik di Indonesia atau Malaysia dan Singapura, bakal kembali aktif sekaligus mengubati kerinduan peminat mereka selepas tujuh tahun menyepi.
Mengguna pakai nama Padi Reborn, kumpulan ini masih tetap pada formasi yang sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum).
Dan buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997 kumpulan tersebut akan mengadakan konsert perdana mereka Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.
Bkan sesuatu yang asing untuk mereka kembali menguasai pentas dan menghiburkan Sobat Padi (gelaran peminat fanatik), namun berdiri semula diatas nama Padi Reborn, dengan usia yang sudah lebih matang, kumpulan yang berasal dari Surabaya itu menjanjikan nikmat yang tidak sedikit untuk diraikan.
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan. Tidak sekadar itu, Padi Reborn menjanjikan sebuah persembahan yang lebih luar biasa buat Sobat Padi.
“Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn, sebuah konsert solo kami akan dipersembahkan. Persembahan di Malaysia ini juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi vakum dan kini kembali.
Comment