Kongsi Gambar ‘Baby’, Zizan Bagi Hint Sudah Sedia Nak Kahwin?

Posted on 2 views
Pelakon, Zizan Razak boleh dikategorikan antara ‘hottest bachelor in town’ apatah lagi dengan pakej lengkap yang dimilikinya.

Digosipkan dengan pelakon, Mira Filzah ketika ini, namun kedua-duanya tidak memberikan jawapan konkrit selain mengaku hanya berkawan.

Bagaimanapun, semalam Zizan ada memuat naik foto memegang bayi berserta kapsyen yang agak ‘sesuatu’.

“Terfikir suatu hari saya akan ada anak. Ya sure saya nak jadi ayah yang terbaik buat anak saya. Saya nak anak saya jadi anak yang terbaik buat saya.

“Jadi apa persiapan saya. Saya usaha untuk menjadi anak yang baik buat ibu bapa saya. #zizanrazak #assalamualaikum #baby #soleh,” tulisnya.

Wah! bunyi macam dah ready nak ‘settle down’ je Zizan? Menjengah ke ruangan komen, ada peminat yang bertanyakan siapakah yang bakal menjadi suri hatinya.

Walau bagaimanapun, Zizan hanya menjawab soalan itu dengan gurauan.

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan semoga dia cepat bertemu jodoh. Ada juga yang sempat ‘tag’ Mira Filzah.

 

Apa-apapun, kita nantikan sahaja berita perkahwinan Zizan nanti ya. Lagipun jodoh itu kan di tangan Tuhan?

Foto: Instagram Zizan Razak

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.