KENAPA MUKHRIZ TAK BERANI SAMAN CAMBRIDGE ANALYTICA DAN AZRIN ZIZAL? KALAU TAK SALAH KENAPA TAK SAMAN?!!!

Posted on 0 views

Kita tinggalkan Selangor dengan skandal tanah Ijok. Lagipun Azmin Ali sedang sibuk bertaichi dan bersilambam sambil mencucuk-cucuk peta untuk mempertahankan dirinya dengan fakta-fakta yang dia sendiri tahu, fakta-fakta tersebut tidak membantunya. Apatah lagi sekarang ini terdapat laporan lebih 500 orang peneroka tanah Ijok yang dianiayai, merancang saman ke atas Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor.Kita tinggalkan juga isu terowong dasar laut Pulau Pinang apabila Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang sebelum ini cukup garang, tiba-tiba kehilangan telur apabila wacana dan forum diadakan di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong Kampung Paya dan dihadiri lebih 2000 orang turut menampilkan musuh-musuh utama Lim Guan Eng yang dicabar debat iaitu Wee Ka Siong dan Eric See-To.

Sampai ke saat ini, kedua-dua beranak tersebut belum lagi tampil memberikan sebarang alasan mengapa mereka tidak muncul dan memberanikan diri untuk berdebat walaupun seringkali Lim Guan Eng mendabik dada, rakyat Penang berada di belakangnya!

Kita tumpukan perhatian kepada seorang lagi anak pemimpin utama Pakatan iaitu Mukhriz Mahathir!

Sebelum ini, salah seorang pemimpin PPBM mendedahkan kononnya Barisan Nasional telah berjaya memenangi Kedah pada PRU-13 lalu dengan menggunakan khidmat Cambridge Analytica (CA) yang berpangkalan di London. Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh bekas pegawai media Mukhriz yang juga merupakan Ketua SCL GROUP Divisyen Asia Tenggara yang merupakan anak syarikat CA, Azrin Zizal bahawa Mukhriz sebenarnya yang menggunakan khidmat CA, telah menimbulkan polemik dan kontroversi.

Mukhriz mengancam untuk menyaman kononnya CA telah menfitnahnya. Bapanya pula berkeras mengatakan yang mengupah CA adalah Barisan Nasional. Azrin Zizal terus mencabar Mukhriz agar menyaman CA dan dia akan membuat pendedahan besar-besaran pembabitan Mukhriz dengan CA.

Dua minggu, isu CA dan Mukhriz senyap sunyi. Alih-alih, muncul berita, Mukhriz Mahathir menolak untuk menerima cabaran Azrin Zizal untuk menyaman CA dengan alasannya, ‘membuang masa’. (RUJUK SINI)

Menurut Mukhriz, dia sekarang sedang memberikan fokus kepada PRU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *