Kejayaan Wan Kuzain Adalah Hasil Daripada Kerja Keras Tanpa Mengeluh

Posted on 11 views
“Sesiapa pun boleh berjaya tanpa mengira bangsa atau dari negara mana dia dilahirkan. Apa yang penting adalah sanggup bekerja keras tanpa mengeluh ataupun memberi alasan.

“Sejak dari kecil lagi, Kuzain sudah diajar supaya bekerja keras dalam semua perkara yang dilakukannya. Selain itu, sentiasa jujur dan jangan sombong kerana semuanya milik Allah. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya,” katanya Prof Dr Wan Kamal Napi, bapa kepada Wan Kuzain.

Baru-baru ini, Wan Kuzain mencipta sejarah apabila bakal menjadi anak Malaysia pertama beraksi dalam saingan Liga Bolasepak Amerika, Major League Soccer (MLS).

Pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Messi Amerika’ itu sah menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan Western Conference MLS, Sporting Kansas City (Sporting KC).

Mengulas mengenai perkara itu, Wan Kamal berkata kepada Berita Harian menjelaskan anaknya menyimpan impian untuk beraksi di Piala Dunia pada masa akan datang.

Beliau juga mahukan anak keduanya supaya tidak cepat berpuas hati dan perlu terus bekerja keras bagi mencapai sasarannya untuk bergelar pemain terbaik dunia.

“Bagi seorang pemain berusia 19 tahun dan menyertai pasukan utama dalam Liga Bolasepak Major (MLS), Kuzain melakukan perkara yang baik namun dia perlu terus bekerja keras kerana saya yakin dia mampu untuk perlu lebih jauh.

“Setakat ini, boleh dikatakan impiannya untuk beraksi di MLS berjaya menjadi kenyataan namun sebagai pemain profesional, masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam persaingan merebut kesebelasan utama sebelum menjadi pemain terbaik dunia.

“Siapa tahu mungkin Sporting KC akan membuka laluan untuk dia mengembangkan sayapnya ke EPL satu hari nanti,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Menurut kenyataan daripada Sporting Kansas City, Wan Kuzain merupakan bekas pemain akademi bola sepak kelab tersebut, dan ditawarkan kontrak sebagai salah seorang pemain ‘homegrown’ sehingga 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *