‘Kami Pun Manusia Juga, Ada Perasaan’- Respon Zara Zya Bila Artis Digelar Sombong

Posted on 5 views
Sering kali kedengaran perkataan ‘sombong’ keluar daripada mulut netizen apabila ada selebriti yang menolak untuk bergambar atau melayan peminat.

Kadang-kadang MH kasihan juga apabila mendengar kisah-kisah ‘artis sombong’ ini kerana tidak semuanya bersikap sedemikian.

Tergerak untuk mempertahan rakan artis lain, pelakon, Zara Zya memuat naik status berkaitan perkara ini di laman Instagram miliknya.

“Sombong…perkataan yg sinonim keluar dari mulut netizen. Artis tu sombong, artis ni sombong.

“Apa yg boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan… perasaan sbg seorang manusia. Manusia kan ada berbagai rasa. Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam2 tau tak,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia sedih apabila ada netizen yang sewenang-wenangnya melabel artis ‘sombong’ sedangkan mereka tidak tahu betapa sukarnya para selebriti ini bekerja untuk menghiburkan orang ramai.

“Selain badut, selebriti lah manusia yg paling kuat dapat tekanan perasaan tau. Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain. Bekerja keras nampak mewah tp hakikatnya bukan senang.

“Jangan la judge kami semudah sebut ABC. Semua manusia sama. Yg membezakan ialah hati kita sendiri.

“Kadang2 apa yg nampak depan mata pun kita boleh salah tafsir. Apatah lagi kalau dengar dari mulut org lain. Yang terbaik ialah… ‘husnuzon’,” tulisnya lagi.

Sombong…perkataan yg sinonim keluar dari mulut netizen. Artis tu sombong, artis ni sombong. Apa yg boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan… perasaan sbg seorang manusia. Manusia kan ada berbagai rasa. Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam2 tau tak. Selain badut, selebriti lah manusia yg paling kuat dapat tekanan perasaan tau. Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain. Bekerja keras nampak mewah tp hakikatnya bukan senang. Jangan la judge kami semudah sebut abc. Semua manusia sama. Yg membezakan ialah hati kita sendiri. Kadang2 apa yg nampak depan mata pun kita boleh salah tafsir. Apatah lagi kalau dengar dari mulut org lain. Yang terbaik ialah… “husnuzon” #tiadadendam

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Pada MH, betul apa yang dikatakan oleh Zara itu, sebagai manusia ada hari di mana ‘mood’ akan sedikit ‘down’ tapi harus mengukir senyuman memandangkan itu adalah tugas mereka sebagai penghibur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.