Jorge Mendes Dedahkan Juventus Bakal Jadi Kelab Terakhir Cristiano Ronaldo

Posted on 3 views
Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus kini telah pun terlaksana dengan sahnya.

Pemain tersebut berpindah dari Real Madrid untuk menikmati bola sepak Serie A di penghujung karier beliau.

Menurut ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes, beliau secara peribadinya gembira dengan perpindahan ini berjaya dilaksanakan dengan baiknya.

Dalam masa yang sama, Mendes turut memberikan isyarat yang Juventus bakal menjadi kelab terakhir dalam karier Ronaldo sebelum beliau menggantungkan but.

“Saya cukup gembira buat Cristiano Ronaldo, Juventus bakal jadi kelab terakhir beliau.”

Beliau juga turut berterima kasih kepada Andrea Agnelli yang merupakan Pengerusi Juventus yang turut memastikan perpindahan ini terjadi.

“Saya cukup gembira yang Ronaldo kini telah membuat keputusan untuk menyertai pasukan ini. Saya juga berterima kasih kepada Andrea Agnelli kerana konsistensi yang ditunjukkan oleh beliau dalam melakukan urusan dengan Real Madrid.”

Perpindahan yang tidak disangka-sangka oleh ramai pihak itu menyaksikan tamatnya era 9 tahun Ronaldo bersama-sama kelab Sepanyol itu.

Mendes yakin Ronaldo telah meneliti keputusan yang dilakukannya dan tidak akan menyesali apa yang dipilihnya.

“Ronaldo tidak akan menyesali keputusan yang dilakukan beliau.”

“Ia merupakan satu keputusan hidup yang penting tetapi beliau telah lakukan dengan baik.”

Ronaldo menandatangani kontrak bersama juara Serie A itu selama 4 tahun dengan perpindahan mencecah €105 juta.

Beliau meninggalkan Real Madrid selepas memenangi 16 kejuaran domestik dan juga di peringkat antarabangsa.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.