Joe Flizzow mohon maaf – Sekitar Malaysia

Posted on 6 views
Joe Flizzow mohon maaf – Hallo sahabat Sekitar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Joe Flizzow mohon maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita Viral, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel Menarik, Artikel News, Artikel Terkini, Artikel Unik, Artikel Video, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.Judul : Joe Flizzow mohon maaf
link : Joe Flizzow mohon maaf

Baca juga

Joe Flizzow mohon maaf

SUSULAN berita showcase 16 Baris yang julung-julung kali dipersembahkan secara percuma di The Bee, Publika yang dikatakan tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir, Joe Flizzow selaku penganjur tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf.

Menurut Joe, perkara yang terjadi berlaku di luar kawalan pihak pengurusan dan mereka tidak menjangkakan ribuan peminat akan hadir malam ini (Sabtu).

“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served.

“Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada siapa yang tercedera.

“Selepas dengar apa yang berlaku di luar, perkara utama yang saya pastikan adalah tiada kaum wanita mahupun anak-anak kecil yang tercedara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

                   
Dalam pada itu, Joe turut menjelaskan mengapa The Bee menjadi platform untuk showcase pertama ini.

“Ini kerana kami tidak mempunyai dana yang mencukupi. Bajet kami adalah terhad dan persembahan ini tiada sponsorship. Jika ada dana yang banyak, kami (pihak pengurusan) akan pilih pentas yang lebih besar.

“Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam ini. Apa yang terjadi merupakan perkara di luar kawalan,” jelasnya.

Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Joe selaku penganjur berkata 16 Baris mungkin akan tampil dengan showcase kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *