‘Jangan terlalu lama berduka cita, sedih tidak akan menjana wang’ ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 2 views

Hidup ini ibarat putaran roda, tak selamanya kita di atas, lambat laun kita pasti akan ke bawah. Ketika itu teman yang dikatakan susah senang bersama sudah tidak kelihatan, saudara yang mengaku darah daging juga tidak lagi muncul. Namun, situasi ini tidak boleh dijadikan kita sebagai satu asbab untuk kita patah semangat untuk meneruskan kehidupan.

Setelah parti Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke -14  pada Mei lalu, kakitangan kontrak yang dilantik secara lantikan politik bagi pihak kerajaan sebelumnya telah diberhentikan dalam usaha menurunkan perbelanjaan kerajaan kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam.

Situasi ini bukan sahaja telah mengejutkan rakyat Malaysia, malahan kakitangan yang diberhentikan juga mula merasai berat bebanan yang digalas. Namun, Budiman Mohd Zohdi menitipkan pesanan buat mereka yang sudah mula berkeluh-kesah.

SAYA menerima banyak inbox message mengenai teman-teman yang dibuang kerja kebelakangan ini.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Yang menyesal ramai, yang tersengih sinis juga ada. Ketika kita susah yang menyesal tidak membantu yang tersenyum sinis memandang dari jauh. Mereka pun terasa keperitan hidup.

Perkara utama adalah membetulkan mind set terlebih dahulu.

  • Berbincang dengan famili dan katakan perkara yang benar dan betul. Secara jujur nyatakan dengan keadaan seperti ini, berapa lama boleh bertahan.

Cut cost yang tidak perlu 

  • Tidak salah mengubah cara hidup. Sudah ada mesin basuh di rumah mengapa perlu menghantar ke dobi lagi? Berfikir mengenai cost and benefits of life. Tak salah tukar kereta yang lebih ekonomi.

Tukar hobi kepada kerjaya 

  • Hobi yang boleh mendatangkan pendapatan seperti suka masak buka kedai makan, suka cakap jadi salesman, suka membaca jadi pensyarah dan macam-macam lagi.

Cari teman baru diluar lingkungan hidup biasa. 

  • Jangan keseorangan. Lihat  bagaimana mereka survive. Di pekan Rinching, ada brother nama Hisyam kolektor barang antik membuka bisnes pukul 6.00 petang hingga 3.00 pagi.

Jangan malu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.