Jangan Jadi Pengurus Di EPL Sekiranya Anda Mahu Memenangi Trofi Dengan Mudah

Posted on 1 views
Pengurus Chelsea, Antonio Conte berpendapat bahawa persaingan enam pasukan gergasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) membuatkan peluang setiap pengurus dalam saingan ini mendakap trofi kejuaraan adalah sukar.

Conte turut percaya peluang di England lebih sukar berbanding liga lain di Eropah dan ketika ini.

Ianya ditambah lagi dengan kenyataan bahawa Chelsea terpaksa mengalah dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Pendahulu EPL, Manchester City sudah 25 mata meninggalkan skuad The Blues dan peluang mereka hanyalah untuk berada dalam senarai empat pasukan terbaik.

Chelsea juga telah tersingkir dalam persaingan merebut Liga Juara-Juara Eropah ditangan Barcelona.

Namun, Conte masih mempunyai peluang untuk menamatkan musim ini sekurang-kurangnya dengan satu piala apabila melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA untuk bertemu Southampton.

”Saya rasa semua pengurus mahu memenangi trofi,” kata Conte kepada wartawan di Padang Latihan Cobham.

”Saya perlu jujur, jika anda mahu memenangi trofi dengan mudah, anda perlu ke negara lain.”

”Di England, sekiranya anda kekal disini, tidak, tidak mudah bagi anda untuk memenangi trofi. Saya fikir ada kelab yang akan menghakimi kerja pengurus mereka. Tetapi, sudah pasti setiap pengurus mahu mencuba untuk memenangi trofi.”

”Tetapi, saya rasa adalah sangat penting buat pengurus untuk menamatkan musim dengan memiliki trofi. Ini adalah kebenarannya. Kami bekerja sangat keras untuk mencuba dan merealisasikan sasaran, tetapi bukan hanya buat diri saya sendiri. Untuk pemain, kelab dan penyokong kami.”

”Apabila anda merupakan pengurus dalam sebuah pasukan yang hebat, itu adalah sasarannya (memenangi piala). Sudah pasti, untuk mencapai sasaran tersebut, anda perlu mempunyai kemungkinan untuk mencapai sasaran ini setiap musim.”

Antonio Conte menikmati musim pertama yang gemilang selepas berjaya membawa Chelsea meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Namun, musim ini segalanya tampak kurang menjadi buat pengendali dari Itali ini apabila Chelsea sedang menghuni tangga ke-5 dengan lima mata dibelakang Tottenham Hotspur yang berada ditangga ke-4.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.