Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu

Posted on 5 views

Menteri Perdagangan baru ni keluarkan kenyataan yang mengejutkan tentang cukai GST dan membuatkan Najib Razak terkedu lalu terus keluarkan kenyataan balasnya. Tak sangka. Wah2.

Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu
Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu

NAJIB – HARGA BARANG TAK TURUN BANYAK SELEPAS GST 0%ARTIKEL MENARIK: ‘Inilah Padah Apabila Sistem Cukai Diubah Sesuka Hati’ – Najib

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau terkejut dengan kenyataan menteri berkaitan harga barang selepas kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disifarkan awal bulan lalu.

“Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan menteri Pakatan Harapan yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum pilihan raya.

“Pada masa itu, Pakatan Harapan tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berkongsi pautan berita di Malaysiakini semalam yang melaporkan penurunan rendah harga barangan menyebabkan rakyat belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST berkadar sifar.

Laporan Bernama itu memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Saifuddin juga berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran ‘mamak’, yang malah ada yang menaikkan harga.

Beliau berkata kementerian memberi nasihat dan amaran sebelum tindakan undang-undang diambil.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Najib berkata beliau bimbang apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula dan diperluas September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi.

Ini, katanya, memandangkan harga barang tidak turun selepas GST disifarkan.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.