by

Istilah Dalam Bola Sepak Yang Boleh Dikaitkan Dengan Kehangatan Pilihan Raya

Gendang Pilihan Raya Umum ke-14 sudah pun dipalu. Seperti semua sedia maklum bahawa hari pengundian telah ditetapkan pada 9 Mei (Rabu).

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa istilah di dalam bola sepak turut boleh dikongsi di dalam sistem pilihan raya?

Bacaan santai pada hari ini mengetengahkan mengenai istilah bola sepak yang boleh diaplikasikan kepada politik pilihan raya tanah air.

1. Direhatkan

Versi politik:

Istilah direhatkan ini sebenarnya agak sopan berbanding daripada istilah pengguguran. Memang ia perkara biasa jika mana-mana Ahli Parlimen (selepas ini disebut sebagai MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan direhatkan.

Ini kerana parti politik mereka mempunyai alasan tersendiri untuk merehatkan pemain mereka di dewan legislatif. Ada alasan itu sudah diketahui umum dan ada juga alasan itu cuma andaian sahaja.

Adakah anda sudah tahu MP atau ADUN manakah yang sudah direhatkan pada PRU14 ini?

Versi bola sepak:

Terma jurulatih direhatkan bermaksud khidmat beliau telah ditamatkan untuk mengendalikan pasukan. Sebenarnya penggunaan ini bukanlah asing di luar negara, cuma ia masih baru di Malaysia.

Namun, peminat bola sepak di Malaysia amat memahami sesi merehatkan jurulatih sebenarnya bererti pemecatan. Istilah itu digunakan untuk menutup keaiban prestasi di padang.

2. Perpindahan

Versi politik:

Perpindahan ini merupakan strategi biasa digunakan untuk mana-mana pilihan raya. Mana-mana MP dan ADUN tetap ada potensi dipindahkan ke kerusi lain atas arahan parti.

Biasanya ia lebih kepada taktikal untuk memenangi kawasan tersebut. Memang pernah dalam sejarah pilihan raya tanah air, ada MP yang pernah berpindah-randah kerusi menyeberangi negeri.

Malah, pengundi tersebut memberikan keyakinan untuk mengundi calon import. Akhirnya, mereka memenangi kerusi tersebut.

Versi bola sepak:

Perpindahan pemain atau jurulatih merupakan perkara biasa dalam bola sepak tanah air. Ada perpindahan itu berjaya apabila memenangi sesebuah kejuaraan. Namun, ada juga perpindahan itu gagal dan tidak bererti.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed