by

“Inilah Perbezaan Mentaliti Orang Malaysia Dengan Orang Luar Negara”, Doktor Terkilan Masyarakat Hanya Pandai Persoal Tugas

Kerjaya doktor bukanlah semudah yang disangka. Tugasnya dikira sukar dan menyakitkan mental serta fizikal. Tidak kira doktor tetap mahupun pelatih, mereka ini perlu merawat pelbagai penyakit, menghadapi karenah pesakit, jadual tugas yang ketat dan perlu melakukan tugas-tugas pentadbiran.

Perkongsian daripada seorang pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Nimelesh Max Balanthiren, bercerita keluhan hatinya berhadapan dengan segelintir masyarakat yang hanya pandai menunding jari dan menghakimi tugas para doktor ini. Kerjaya doktor memerlukan seseorang itu bertoleransi dengan diri dan masa, jadi ia bukanlah sesuatu yang mudah. 

Ini lah perbezaan mentaliti orang Malaysia dengan orang luar negara. Kalau tak puas hati, mesti juga letak kat media sosial siap dengan gambar orang sekali. Kalau lah satu hari, orang letak gambar u atau anak u kat facebook, suka tak?

I kesian kat student student medik, Doktor Pelatih, Student misi dan student ppp. Bidang medik ni bukan tentang teori sahaja. Bahagian klinikal merupakan aspek penting dalam pembelajaran bidang perubatan. 

Tanpa pengambilan sejarah perubatan, seorang staf kesihatan tidak dapat mengdiagnosa dan merawat seorang pesakit dengan betul.

Dan Teknik pengambilan sejarah perubatan ini merupakan suatu seni. Tanpa latihan dan praktis, bakal bakal doktor ini akan kehilangan satu skil yang penting.

“History Taking” ni bukan sahaja penting untuk pelajar pelajar ni, malah untuk pesakit sendiri.

Contoh terbaik, anda pergi ke jabatan kecemasan kerana sakit perut yang kuat. Masa itu doktor masih tidak dapat memberi diagnosa yang tepat kerana simptom simptom anda tidak ketara sangat.

Apabila anda masuk ke wad, Anda mula berasa sakit pada bahagian kanan. Dan apabila doktor pelatih datang mengambil sejarah, anda beritahu tentang ini kepada Houseman tu. Dia pun fikir pasal keradangan appendiks dan terus inform boss dia.

Ataupun situasi di mana bayi masuk untuk radang paru paru. Masa pelajar perubatan itu ambil sejarah dan buat pemeriksaan fizikal, beliau dapati salur pernafasan bayi tu amat ketat dan segera mendapatkan pemerhatian doktor dalam wad itu.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed