Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru

Posted on 3 views

Ketua Pemuda Umno berkata, projek itu juga tidak mesra alam dari segi pembebasan karbon dioksida dan akan menelan kos besar yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam.

Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru
Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjalankan satu lagi projek kereta nasional sebagai langkah terkebelakang.Ini kerana, menurut Khairy, projek berkenaan bakal menelan belanja besar kepada kerajaan selain ia tidak mesra alam.

“Tatkala projek pengangkutan awam seperti MRT3 dibatalkan, pengumuman projek kereta nasional yang baru adalah satu langkah regresif dan terkebelakang.

ARTIKEL MENARIK: Bongkar….Duta Jepun Dedah Apa Jadi Pada Negaranya Bila Tun M Dilantik Sebagai Perdana Menteri

“Bukan sahaja projek kereta nasional ini tidak mesra alam dari segi pelepasan karbon dioksida, tetapi juga bakal menelan belanja yang besar kepada kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan projek pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.
Pada sidang media di Nikkei, Jepun hari ini Dr Mahathir menegaskan beliau berhasrat untuk menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China.

Sebanyak 49.8 peratus saham Proton dijual kepada peneraju baru Geely tahun lalu ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

DRB-Hicom yang menjadi milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih memiliki 50.1 peratus saham dalam Proton.

Kaji semula MRT3

Selain itu, menurut Khairy, projek kereta nasional akan menambah kos kepada rakyat melalui duti eksais yang mencecah hingga 105 peratus.

Jumlah itu, tambah ketua Pemuda Umno itu, membebankan pengguna yang ingin membeli kereta jenama selain kereta nasional.

“Melainkan projek kereta nasional baru ini akan menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya, saya tidak nampak kebaikan dan manfaatnya kepada rakyat, ekonomi negara dan alam sekitar.

“Ini juga banyak bergantung kepada kemampuan kita dalam mencapai ekonomi skala.

“Kalau skala pengeluarannya kecil, sasaran impak ekonomi yang diingini mungkin tidak akan dicapai,” ujar bekas menteri belia dan sukan itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.