by

[Gambar] Pelakon Winter Sonata, Choi Ji Woo Kongsi Foto Perkahwinan

Pelakon drama air mata Winter Sonata, Choi Ji-woo, 43 tahun mengejutkan para peminatnya apabila mengumumkan dia kini sudah berkahwin pada 29 Mac lalu.

MH difahamkan majlis perkahwinan tersebut diadakan secara tertutup memandangkan suaminya bukanlah daripada golongan selebriti.

Agensi Ji-woo, YG Entertainment turut mengesahkan perkara tersebut serta berkongsi foto pelakon tersebut di dalam busana perkahwinannya.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah kepada Ji-woo.

“Majlis resepsi yang diadakan pada 29 Mac lalu berjalan dengan lancar serta mendapat restu daripada ahli keluarga yang hadir,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Ji-woo juga turut menulis surat kepada peminatnya menjelaskan perkara tersebut di laman media sosial miliknya.

“Hari ini 29 Mac, hari bersejarah dalam kehidupan saya. Saya akan membina keluarga baharu bersama orang yang tersayang. Saya akan hidup dengan aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Sepatutnya saya memberitahu awal berita ini tapi saya harap anda semua faham kerana bakal suami saya bukanlah selebriti dan harap anda semua memberi restu,” tulisnya.

sumber: Soompi

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed