Flamini Nafikan Laporan Forbes Bahawa Dia Ada €30 Billion Dalam Bank

Posted on 3 views
Mathieu Flamini menyifatkan laporan bahawa beliau ada €30 billion dalam akaun bank beliau adalah bohong.

Ini selepas Forbes baru-baru ini melaporkan pemain itu sebagai pemain bola sepak paling kaya di dunia dan memiliki wang €30 billion di dalam akaun.

Flamini dilaporkan menjana wang yang sangat banya menerusi syarikat milik Flamini, GF Biochemicals yang menghasilkan asid levulinic. Bercakap kepada L’Equipe, Flamini berkata:

“Sangat penting untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat laporan. Saya telah membaca laporan yang bercanggah menyatakan saya ada €30 billion di dalam akaun bank.”

“Jumlah ini tidak sesuai dengan nilai syarikat saya GF Biochemicals.”

“Sebenarnya €30 billion itu adalah merujuk kepada nilai pasaran yang kami mahu ‘serang’ dengan teknologi yang kami bangunkan sejak kebelakangan ini.”

“Ada salah faham di situ. Ianya ibarat, kami ada 1 restoran tetapi orang meletakkan nilai restoran kami dengan 1 pasaran katering di seluruh Perancis.”

Flamini mendakwa dia sangat terkejut dengan label billionaire yang diberikan kepada beliau. Dan apabila ditanya sama ada benar beliau kini sudah bergelar billionaire? Flamini dengan pantas menjawab:

“Oh, sudah tentu tidak! Tidak sama sekali.”

“Saya minta maaf tentang cerita ini. Saya mula menceburi bidang ini bukannya kerana duit.”

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.