Dato’ Hamidin Mohd Amin Sah Dilantik Sebagai Presiden FAM

Posted on 1 views
Era bola sepak di negara kini memasuki satu lagi babak baharu.

Selepas perginya Tunku Mahkota Johor (TMJ) dari jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjawat jawatan itu tidak sampai sepenggal, kini kita punya presiden yang baharu.

Dato’ Hamidin Mohd Amin kini telah sah dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu dalam Kongres FAM yang ke-54 yang diadakan sebentar tadi di Hilton Petaling Jaya.

Beliau menggantikan TMJ untuk menjadi Presiden FAM yang ketujuh dalam sejarah penubuhannya.

Hamidin menang jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu selepas beliau menang tanpa bertanding dalam perebutan jawatan presiden.

Lawan beliau, Tan Sri Annuar Musa menarik diri sebelum pemilihan kerana ingin memberikan laluan kepada Hamidin menjadi Presiden FAM.

Untuk rekod, pemilihan Hamidin sebagai Presiden FAM merupakan pelantikan pertama dari golongan kebanyakan (golongan bukan diraja) dalam tempoh 35 tahun.

Kali terakhir FAM dikemudi oleh golongan bukan diraja ini menerusi Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden FAM, Hamidin menegaskan berdirinya beliau sebagai presiden bukanlah sebagai boneka untuk siapa-siapa.

Sebaliknya, beliau adalah diri beliau sendiri.

Menurut Hamidin lagi, beliau akan melakuakan pengasingan kuasa untuk memastikan FAM bergerak lebih maju selepas ini.

Malah, beliau mahukan bola sepak Malaysia keluar dari zon selesa untuk mencapai kemajuan yang lebih besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.