Courtois Ingat Chelsea Bermain Macam Barcelona Agaknya, Kata Griezmann

Posted on 2 views
Antoine Griezmann sekali lagi terlibat dalam kenyataan media panas. Kali ini beliau menyindir balik Courtois. Sebelum ini beliau pernah mengecam Uruguay yang suka berlakon dan mengerumuni pengadil, lalu menyamakan mereka dengan pasukannya Atletico Madrid.

Sebaik sahaja berakhir aksi Perancis dan Belgium, penjaga gol Chelsea Thibaut Courtois telah mengutuk corak permainan Perancis yang defensif dan anti-football. Courtois berkata:

“Saya lebih rela tewas di tangan Brazil pada suku akhir tempoh hari kerana mereka pasukan yang mahu bermain bola sepak.”

“Sebaliknya pasukan Perancis ini, pasukan yang anti-bola sepak. Penyerang mereka hanya 30 meter daripada kawasan gol mereka.”

Eden Hazard turut mengutuk Perancis kerana taktikal tersebut. Beliau berkata:

“Saya lebih rela tewas dengan pasukan Belgium berbanding menang dengan pasukan Perancis.”

Anti-bola sepak adalah istilah kepada pasukan yang terlalu bertahan ataupun istilah Jose Mourinho, memarkir bas.

Dalam sidang media beliau, Griezmann jelas tidak gembira dengan kenyataan 2 pemain tersebut dan beliau juga mengingatkan yang Courtois bermain dengan Chelsea.

Griezmann dan Pogba

Pasukan yang mengumatakan corak defensif berbanding dengan menyerang dalam beberapa musim kebelakangan ini. Griezmann menjawab:

“Adakah Thibaut Courtois merasakan dia di Chelsea bermain bola sepak ala Barcelona?”

“Saya tidak kisah cara apa kami bermain. Yang penting saya mahukan bintang kedua akan berada pada jersi kami selepas ini.”

“Itu sahaja!”

Selain itu, Griezmann berharap akan dapat menjaringkan gol pada final dan mememenanginya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.