by

CJ WOW SHOP Raikan Ulang Tahun Kedua dengan Ganjaran yang Hebat

Kerjasama istimewa bersama bintang TV Yana Samsudin sempena sambutan ‘2 Tahun, Lebih WOW!’

CJ WOW SHOP, destinasi membeli belah pintar sehenti Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran sambutan meraikan ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Sempena pencapaian ini, rakyat Malaysia berpeluang menyertai karnival membeli belah dari rumah yang terbesar menampilkan beberapa siri promosi selama satu bulan menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih mulai 1 April 2018.

CJ WOW SHOP Raikan Ulang Tahun Kedua

Sejak dilancarkan pada 2016, CJ WOW SHOP telah menambah penawaran produk daripada 27 kepada lebih 450 pada hari ini. Antaranya termasuklah produk isi rumah, barangan elektrik, gajet-gajet, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi. Saluran membeli belah ini bakal mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh selepas berjaya mencatat lebih 650,000 orang pelanggan dan mengutip jualan melebihi RM130 juta pada tahun 2017.

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP berkata, “Pencapaian yang hebat ini memberi semangat kepada kami untuk lebih fokus dalam memenuhi keperluan lebih ramai rakyat Malaysia. Hari ini CJ WOW SHOP telah berkembang menjadi sebuah destinasi membeli belah pintar sehenti dan kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa pelanggan kami.

Di samping meraikan kejayaan ini, sambutan ulang tahun ini juga merupakan penghargaan kami buat pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka. Ini termasuklah menyediakan produk yang lebih hebat, penjimatan dan ganjaran yang lebih tinggi bagi memeriahkan lagi hidup mereka.”

Ganjaran Eksklusif Beg WOW oleh Duta Ulang Tahun Yana Samsudin untuk Pelanggan
CJ WOW SHOP juga telah melantik selebriti terkenal dan pemenang pelbagai anugerah, Yana Samsudin, sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan sambutan hangat yang diterima selepas beliau menjadi pengacara undangan selebriti rancangan istimewa saluran ini, ‘The WOW Show’. Yana mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya kejayaan beliau mencapai jualan melebihi 200 unit Athira Pendant oleh Habib Jewel dalam masa 22 minit.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed