by

Cerita Sebenar Video Penjelasan @AzminAli Tentang Skandal Ijok Di DUN Selangor

Kata orang hendak berbohong kena lakukan dengan penuh keyakinan. Dengan sedikit drama dan aksi pembohongan akan menjadi nyata. Inilah yang berlaku sewaktu Menteri Besar Selangor melakukan pembentangan skandal Ijok di DUN Selangor.

Video yang tular memaparkan Azmin Ali menikam nikam peta hanya disiarkan pada babak kenyataan Azmin Ali sahaja. Maka macai-macai Pakatan Harapan bersorak gembira menyatakan di laman sosial bahawa Menyeri Besar Selangor telah sekolahkan YB-YB UMNO mengenai geografi Ijok.

Apa yang berlaku, video sslepas itu dipotong. Antara bahagian yang dipotong adalab di.mana ADUN Dengkil mempersoalkan kenapa tidak ada tender terbuka  kenapa tanah tu dijual pada satu pemaju sahaja iaitu Eco World sahaja, kenapa dijual secara terus dan kenapa  harga jualan juga didakwa beliau adalah kurang dari harga pasaran.

Azmin Ali kemudian mengelak untuk menjawab soalan-soalan berkenaan dan Speaker juga menyebelahi Azmin Ali denganmenghalang soalan tersebut dijawab. Apa nak buat Speaker Hannah Yeoh adalah dari Pakatan Harapan. Jadi dakwaan Azmin Ali membentang kebenaran tidaklah betul sebenarnya. Yang pasti melarikan diri dari kebenaran.

Source : Cucu Tok Selampit

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed