Casemiro Mahu Isco Kekal Dalam Tempoh Yang Lama Bersama Real Madrid

Posted on 6 views
Pemain tengah Real Madrid, Francisco Roman Alarcon Suarez atau lebih dikenali dengan panggilan Isco menjadi watak penting sewaktu kemenangan 2-1 Real Madrid bertemu Malaga awal pagi tadi.

Isco meledakkan jaringan menerusi sepakan percuma menarik dan turut mencipta bantuan jaringan terhadap gol kedua yang dihasilkan Casemiro.

Pemain berusia 25 tahun ini cemerlang ketika Zinedine Zidane menggunakan kesempatan perlawanan bertemu Malaga dengan merehatkan beberapa pemain utama seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Luka Modric serta meletakkan Toni Kross di bangku simpanan.

Melihat kepada kualiti dan sumbangan yang diberikan Isco terhadap pasukan membuatkan rakan sepasukan, Casemiro mahu gandingannya di jentera tengah Real Madrid itu kekal untuk satu tempoh yang lama bersama Los Blancos.

”Dia (Isco) sentiasa menjadi pemain Real Madrid yang penting,” jelas Casemiro bercakap ketika sidang media selepas perlawanan di La Rosaleda.

”Dia seorang pemain yang ‘fantastic’ dan mari kita harapkan agar dia dapat kekal untuk tempoh yang lama.”

MALAGA, SPAIN – APRIL 15: Isco Alarcon of Real Madrid competes for the ball with Ignasi Miquel of Malaga during the La Liga match between Malaga CF and Real Madrid CF at Estadio La Rosaleda on April 15, 2018 in Malaga, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

Untuk rekod pada musim ini, Isco telah menjaringkan lima gol dan mencipta lima bantuan jaringan serta telah beraksi 1461 minit dalam saingan La Liga.

Sementara itu dalam mengulas mengenai perlawanan bertemu Malaga, Casemiro mengakui perlawanan tersebut adalah merupakan tugas sukar buat pasukannya.

”Ini merupakan perlawanan yang kami tahu akan menjadi sukar kerana Malaga tidak melakukannya dengan baik, tetapi kami tahu ianya akan menjadi sukar.”

”Kami mengawal permainan. Kami bermain dengan baik. Mungkin kami sedikit selesa pada penghujung permainan dan itulah sebab kenapa mereka berjaya menjaringkan gol.”

”Kami masih bersaing dalam la Liga. Apabila anda bermain untuk Real Madird, itu adalah perkara yang perlu anda lakukan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.