by

“Cantiknya Zira Pakai Tudung…” – Majlis Sedekad Dalam Industri Seni, Netizen Puji Penampilan Jelita Isteri Nabil Ahmad 😘

Sedar tak sedar, pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad tahun ini telah menyambut ulang tahun ke-10 pembabitan dirinya dalam industri hiburan tanah air.

“Cantiknya Zira Pakai Tudung…” – Majlis Sedekad Dalam Industri Seni, Netizen Puji Penampilan Jelita Isteri Nabil Ahmad 😘
“Cantiknya Zira Pakai Tudung…” – Majlis Sedekad Dalam Industri Seni, Netizen Puji Penampilan Jelita Isteri Nabil Ahmad 😘

Bermula sebagai seorang penghantar surat, Nabil yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008 sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu kini semakin berjaya dan dikenali oleh semua lapisan peminat seni hiburan.Baru-baru ini, pengacara MeleTOP itu telah mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena sedekad dirinya dalam industri seni di Colosseum Malaysia, Shah Alam pada jumaat lalu.

ARTIKEL MENARIK: “I Think She Needed To Check Up…”-Netizen Komen Gambar Fazura Ada Baby Bump, Fazura Mengandung?

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on Apr 13, 2018 at 6:51am PDT

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on Apr 13, 2018 at 6:52am PDT

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on Apr 13, 2018 at 6:11pm PDT

Ramai tetamu hadir bagi memeriahkan majlis tersebut namun apa yang menarik perhatian adalah isteri kesayangannya, Zira Ayub yang tampil anggun dengan berhijab.

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on Apr 13, 2018 at 6:18pm PDT

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on Apr 13, 2018 at 6:20pm PDT

Kehadiran Zira yang tampil mengenakan kurung moden bercorak rona pastel yang dipadankan dengan selendang hitam serta solekan ringkas itu menarik perhatian netizen dengan memberikan komen apabila rata-rata memuji kecantikan yang dimiliki ketika berhijab.

Namun tidak kurang ada juga yang berharap agar dirinya akan terbuka hati dan terus beristiqamah untuk mengenakan hijab pada suatu hari nanti.

Kredit; Ohmymedia

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed