BN AKAN TERUS PEJUANGANKAN KEHENDAK RAKYAT & SELAMATKAN P.PINANG – CHANG TEOW

Posted on 10 views

SEBERANG JAYA – Sokongan rakyat Pulau Pinang tidak kira Melayu, Cina dan India berkemungkinan besar boleh beralih arah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) seandainya mereka mahukan kestabilan, kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

Realitinya, selama hampir 40 tahun kerajaan BN telah menjadi tulang belakang kepada kemakmuran yang di kecapi oleh rakyat di negeri selama beberapa generasi dan kini ianya seolah-olah terhakis selepas kerajaan DAP mengambil alih sejak 10 tahun lepas.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, rata-rata penduduk Pulau Pinang sedia maklum tentang jasa dan sumbangan selain daripada perubahan ‘negatif’ yang sedang cuba dibawa oleh kerajaan DAP di negeri ini.

Jelasnya, hampir 51 janji kosong serta retorik yang tidak mungkin boleh dijadikan realiti dalam jangka masa kerajaan DAP memerintah dua penggal ini sebaliknya semua itu omongan bagi menangi hati pengundi untuk mengundi mereka selain menidakkan jasa BN.

“Seandainya masyarakat Pulau Pinang mahukan perubahan sebenar dan bukan retorik seperti yang di janjikan oleh kerajaan DAP, mungkin sokongan itu akan beralih arah kepada kita.

“Masyarakat Cina sebenarnya mahukan perubahan konsisten. Mereka mahukan pembangunan ekonomi yang stabil, mereka juga golongan yang menolak penyewelengan kuasa dan mendesak untuk ketelusan dalam kepimpinan.

“Jika itu yang dikehendaki oleh mereka, mereka juga akan nampak realiti sebenar dan kepimpinan yang sedang diterajui oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kini terpalit dengan pelbagai isu namun semuanya dianggap seolah-olah tidak benar dan dirinya kebal dari undang-undang.

“Biar rakyat Pulau Pinang sendiri menilai siapa sebenarnya diri beliau. Selama memerintah apakah sebenarnya jenis sumbangan atau janji yang sentiasa di tabur itu pernah dijadikan realiti. Biarkan mereka menilainya sendiri.

“Untuk kerajaan BN di Pulau Pinang, kami akan terus memperjuangkan nasib serta kehendak rakyat tidak kira kita menang atau kalah. Jika menang, setiap 60 tawaran melalui enam teras utama kita dalam manifesto kali ini akan ditunaikan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.