Bila ‘Ulat Bulu’ Pun Sudah Ada Single Sendiri, Tapi Bukan Lagu Berunsur Lelaki Miang!

Posted on 6 views
Menampilkan kelainan menerusi imej berkostum lengkap dengan nama komersial, (UBM), penyanyi berusia 23 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hank enggan dilabel lelaki miang biar serangga tersebut sinonim dikenal sebagai simbolik terhadap golongan tersebut.

Hank menjelaskan, pemilihan kostum ulat bulu hanyalah sekadar gambaran seorang lelaki selain serangga tersebut mudah dijumpai di Malaysia.

Pada masa sama, kecintaannya terhadap watak adi wira turut mendorong UBM untuk melancarkan single sendiri, tetapi dalam sisi yang lain daripada yang lain.

“Tak dinafikan, perkataan Ulat Bulu itu sendiri sering dirujuk kepada lelaki. Jadi sebagai lelaki, saya rasa lebih senang untuk gunakan kostum serangga ini kerana hubungannya cukup rapat dengan masyarakat negara ini.

 

“Selain itu, sebelum jadi penyanyi pun saya banyak terlibat di dalam siri karnival yang memerlukan saya untuk menghiburan pengunjung dengan mengenakan kostum.

 

“Jadi memang sebelum ini saya sudah kenakan kostum seperti Spiderman malah pernah juga jadi badut untuk menambah duit poket. Lalu saya terfikit mengapa tidak untuk pakai kostum sambil menyanyi kerana secara tidak langsung, ia boleh menghiburkan peminat, terutamanya kanak-kanak,” katanya kepada MH.

Terdahulu, UBM yang turut ditemani penerbit, Oja telah melancarkan single sulung berjudul Puisi Buat Perompak yang ditujukan buat perompak yang menjadi antara masalah sosial yang melanda negara di The Loaf, Sogo, Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Lagu ini membawa mesej positif dan amaran buat peragut atau perompak yang sering mencetuskan masalah. Asalnya juga, judul awal untuk lagu ini ialah Puisi Buat Peragut, tetapi kami rasa ia kurang sesuai lalu tukarkannya kepada Puisi Buat Perompak kerana pengertiannya lebih meluas.

 

“Boleh dianggap lagi ni juga sebagai salah satu tanggungjawab sosial saya sebagai penduduk di negara ini untuk menyampaikan mesej kepada umum dengan cara sendiri,” kongsi UBM yang turut mengetengahkan kempen RagutBusters sebagai kempen anti ragut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.