Berikan Lebih Peluang Buat Pemain Muda Untuk Melihat England Julang Piala Dunia

Posted on 4 views
Pemain tengah England, Fabian Delph memberi pendapat peribadinya berkenaan masa depan England di kejohanan antarabangsa dan persiapan untuk menghadapi kejohanan Piala Dunia yang akan datang.

Dipetik menerusi laman web Evening Standard, beliau berkata, England mampu menjuarai Piala Dunia di masa akan datang tetapi dengan syarat, semua pengurus di kelab-kelab tempatan perlu berani mempertengahkan lebih ramai pemain muda dalam pasukan mereka.

“Sangat penting bagi pemain bolasepak di usia yang muda diberi kesempatan beraksi bersama kelab mereka.”

during an England training session during the 2018 FIFA World Cup Russia at Spartak Zelenogorsk Stadium on July 13, 2018 in Saint Petersburg, Russia.

“Ini adalah satu-satunya cara paling terbaik untuk mengembangkan bakat pemain-pemain muda Inggeris ini.”

“Saya amat berharap kelab-kelab di Premier League khususnya, dapat menurunkan mereka dalam setiap perlawanan.”

Tambahnya lagi, “Saya boleh berbicara seperti berdasarkan pengalaman peribadi. Saya amat senang jika melihat pengurus pasukan amat peduli dengan prospek pemain muda.”

Dunia menilai kegagalan England di pentas antarabangsa berpunca daripada kurangnya pendedahan kepada pemain-pemain muda bersama kelab di saingan liga.

Namun bagi Delph, bolasepak England hari ini sedang dalam berubahan selepas kehadiran Pep Guardiola di Premier League.

Delph mengakui kehadiran Guardiola sedikit sebanyak memberi kemajuan kepada bolasepak negara itu.


Delph turut mengungkap pola yang diterapkan pengurusnya itu di Manchester City telah memberi banyak manfaatkan kepada pemain muda.

“Saya amat mengagumi apa yang dia (Guardiola) lakukan. Dia sering memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk turun berlatih bersama kami.”

“Saya percaya, jika pengurus-pengurus lain turut melakukan perkara yang sama, pasti bakal memberi impak yang besar kepada pasukan negara.” ujarnya.

“Saya fikir lebih baik menggunakan khidmat mereka dari dipinjamkan ke kelab lain.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.