Bekas Pemain JDT, Pablo Aimar Sertai Kejurulatihan Skuad Piala Dunia Argentina

Posted on 1 views
Bekas pemain kelab seperti Valencia, Benfifa, dan JDT dilantik menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan dalam skuad Piala Dunia Argentina.

Pablo Aimar bukan nama asing di dalam bola sepak dunia. Beliau dikagumi ramai pihak termasuk Lionel Messi dan Diego Maradona. Beliau dikenali dengan aksi lincah dan kreativiti serta ketajaman di hadapan gol.

Pablo Aimar turut mewakili Argentina dalam 2 temasya Piala Dunia iaitu Piala Dunia 2002 Jepun-Korea Selatan dan Piala Dunia 2006 Jerman.

Jorge Sampaoli dikatakan berpuas hati dengan prestasi Aimar sepanjang tempoh minggu antarabangsa pasukan Argentina di Eropah menentang Itali dan Sepanyol.

Aimar berjaya menunjukkan kredibiliti beliau di pusat latihan dan banyak sekali membantu Jorge Sampaoli.

Oleh itu, Pablo Aimar sudah boleh berkira-kira untuk ke Rusia selepas ini. Sebelum ini, Pablo Aimar ataupun El Payasito menjadi jurulatih Bawah-17 tahun Argentina.

Sebagai rekod, Aimar sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak profesional selepas beliau beraksi dalam Copa Argentina bersama-sama dengan Estudiantes de Río Cuarto, kelab yang berpangkalan di tempat kelahiran beliau.

Sepanjang karier Aimar sudah beraksi sebanyak 413 kali dan menjaringkan 67 gol di peringkat kelab. Manakal, untuk Argentina pula, Aimar ada 52 kaps dengan 8 gol. Beliau pernah menjadi ‘marquee signing’ oleh JDT pada 2013.

Satu berita yang menggembirakan untuk Pablo Aimar. Diharap beliau akan terus maju jaya di dalam karier kejurulatihan beliau pada masa yang akan datang. Siapa tahu, suatu hari nanti beliau menjadi ketua jurulatih Argentina.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.