“As A Friend Ke Atau Girlfriend?” – Kecoh! Bila Hael Husaini Share Gambar Dengan Nabila Razali

Posted on 2 views
Rasanya umum mengetahui status persahabatan antara penyanyi, Hael Husaini dengan Nabila Razali.

Malah, isu kononnya mereka pernah dibangkitkan netizen apabila Nabila dilihat mengalirkan air mata ketika kemenangan Hael sewaktu pentas Anugerah Juara Lagu ke 32 sebelum ini.

Kini, isu tersebut bangkit kembali apabila Hael berkongsi foto bersama Nabila di Instagramnya dengan berpakaian sedondon serta dengan kapsyen yang ‘sesuatu’ sangat.

“2013-2018. Proud,” tulisnya.

Susulan itu, menjengah di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya maksud kapsyen Hael itu malah ada juga yang menyangkakan itu adalah tempoh mereka ‘bercinta’.

Dalam pada itu, MH lihat ramai juga yang mendoakan agar kedua-duanya ada jodoh bersama.

Pada MH, kalau ada ‘sesuatu’ di antara mereka itu, kita doakan yang terbaik jugalah. Tapi yang penting, kedua-duanya memang sama cantik, sama padan gitu.

Foto: Instagram Hael Husaini

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.