Argentina Masih Perlu Dihormati Kerana Sejarah Dalam Piala Dunia

Posted on 1 views
Argentina telah mengharungi laluan berliku dalam saingan kelayakan sebelum menempatkan diri bagi layak beraksi dalam saingan Piala Dunia 2018.

Skuad bimbingan Jorge Sampaoli ini memerlukan perlawanan terakhir untuk menjamin tempat mereka untuk turut sama bersaing bersama 31 pasukan lain di Rusia.

Aksi terakhir peringkat kumpulan ketika bertemu Ecuador, Lionel Messi meledakkan hatrik yang menyaksikan Argentina menang dengan keputusan 3-1.

Kemenangan yang berjaya menarik nafas lega buat kem Argentina dan peminat setia mereka sendiri.

Namun, bagi penjaga gol, Willy Cabalerro, beliau memandang skuad Argentina sebagai pasukan yang masih perlu dihormati.

Pencapaian Argentina dalam edisi lalu membuatkan penjaga gol Chelsea itu merasakan sedemikian.

Sebagai rekod, Argentina telah memenangi dua gelaran Piala Dunia pada tahun 1978 (Argentina) dan 1986 (Mexico).

Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, skuad yang digelar La Albiceleste ini hampir mengecapi kejuaraan ketiga apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk bertemu Jerman.

BRONNITSY, RUSSIA – JUNE 12: Wilfredo Caballero (C), Franco Armani (L) and Nahuel Guzman of Argentina warm up during a training session at Training site at Stadium of Syroyezhkin Sports School on June 12, 2018 in Bronnitsy, Russia. (Photo by Gabriel Rossi/Getty Images)

Bagaimanapun, mereka hampa dek kerana jaringan tunggal pada masa tambahan oleh Mario Gotze.

”Apabila saya melihat undian untuk kumpulan Piala Dunia, saya telah terkeluar dari skuad kebangsaan.”

”Saya langsung tidak disebutkan tetapi bising kedengaran di bilik persalinan Chelsea yang mengatakan Argentina layak disebabkan banyak nasib pada perlawanan terakhir (kelayakan).”

”Mereka telah mula untuk berfikir dengan cara berbeza.”

”Argentina dihormati kerana pencapaian pada Piala Dunia terakhir (2014), untuk pemain yang dimiliki, untuk cara mereka bermain dan cara mereka bersaing, dan dalam pertemuan yang mungkin mereka akan menghormati kami.”

Kecederaan yang dialami penjaga gol utama, Sergio Romero memberikan peluang buat Willy Caballero untuk bersaing hebat dengan Franco Armani dan Nahuel Guzman bagi merebut posisi utama di Rusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.