by

‘ALLAH SWT Dah Susun Segalanya’- Ini Respon Ippo Hafiz Terkeluar Gema Gegar Vaganza Minggu Ke-3

Adatlah dalam satu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Konsert Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) minggu ketiga menyaksikan Ippo Hafiz terpaksa meninggalkan pentas tersebut setelah mendapat markah terendah iaitu sebanyak 55%.

Dalam kesempatan MH menemu bualnya di belakang pentas, Ippo mengatakan bahawa dia redha dengan ketentuan-Nya.

“Sebab dah tertulis, nak buat macam mana. Mungkin rezeki saya dekat luar tapi saya bersyukur pada ALLAH SWT sebab Dia dah susun segalanya.

“Pada saya, nak kecewa sangat tiadalah tapi ‘frust’ ada. Kena redha dan ALLAH SWT dah tulis sebab kalau kita semua menang siapa yang nak jadi yang kalah?” katanya kepada MH.

Sementara itu, Ippo mengatakan bahawa saingan pada malam GGV2 minggu lalu sememangnya hebat-hebat belaka.

“Saingan pada hari ini, semua ‘all-out’, semua dah berikan yang terbaik, semaksima mungkin. Kesilapan mungkin datang daripada saya sendiri. Saya dah cuba berikan persembahan yang terbaik tapi masih ada kekurangan.

“Kepada peminat-peminat, terima kasih atas doa-doa anda, bagi saya kejayaan ada di mana-mana. Kalau lagu dah ‘sampai’ pada peminat pun dah cukup, bukan piala atau trofi yang menjadi taruhan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ippo kini akan fokus dalam mempromosikan ‘single’ terbarunya bertajuk ‘Rahsia Tuhan’ yang dikeluarkan di laman Youtube pertengahan Februari lalu.

Setakat ini, ‘view’ lagu tersebut di laman Youtube sudah mencecah hampir 2 juta tontonan.

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed