‘Akak tu main telefon’ – Muka pecah akibat guna telefon ketika memandu ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 25 views

Adakalanya amat sukar untuk menegur golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini. Sudah banyak iklan pesanan khidmat masyarakat ini dikeluarkan, namun masih ramai yang tidak mengendahkan amarannya. Apabila sudah ditimpa musibah, barulah nak sedar dan berhenti. 

Dalam kejadian yang dikongsikan oleh Khairul Ahmad, seorang pemandu wanita pecah mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di bahagian mukanya akibat dihentak dengan telefon bimbit dek letusan airbag, impak dari kemalangan yang berlaku.

Difahamkan, tiga batang gigi depan mangsa juga hilang akibat dari kemalangan yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya mangsa fokus pada pemanduannya. Bukannya memandu sambil menggunakan telefon bimbit. 

Kisah akak “pecah muka” ketika main handphone.

Ini kejadian berlaku pada petang semalam ketika saya pulang dari kerja. Waktu puncak, kenderaan bertali arus. Sekejap bergerak sekejap berhenti. Tiba-tiba dengar hon bertalu-talu. Jenguk cermin belakang, nampak ada mat motor sedang bagi jari tengah pada sebuah kereta selang sebuah di belakang saya.

Saya terus memandu dan jalan sesak kembali di hadapan. Saya berhenti, kereta belakang pun berhenti. Mat motor tadi lalu melewati saya dengan muka tak puas hati.

Tiba-tiba, ‘BAMMMM!’ bunyi dentuman kuat di belakang. Usai saya pandang sahaja cermin belakang, ‘BAMMMM!’ bunyi kali kedua kedengaran apabila kereta saya pula dihentam. 

Allah. Allah.

Saya ke tepi dan berhenti, lalu keluar. Kereta di belakang saya juga ke tepi dan keluar sambil bergegas membuka pintu belakang. Nampak beliau sedang mengeluarkan anaknya. Saya terus ke kereta beliau dan bertanya semuanya okay tak, takut apa-apa terjadi pada anak perempuan beliau yang berusia sekitar 5 tahun.

“Ok bang, takde apa, terkejut jer ni” jawab lelaki tersebut.

Mujur anaknya duduk dalam carseat. Selamat beb, kalau jenis berdiri melompat-lompat itu memang nahaslah. Bahagian belakang kereta dia remuk teruk. Memang kuat gila bunyi berlanggar tu. Saya lantas pergi ke kereta yang melanggar kami, masih di tengah jalan. Bahagian depan remuk teruk, berasap, air menitis dan memancut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *